Tuesday 30 September 2014

Ringan TAPI berat ???

 
Ringan tapi berat ? Tajuk entry yang penuh dengan maksud tersirat di balik yang tersurat .pasti semua orang ingin tahu kan apa maksud disebaliknya? Okeyhh..jangan berhenti menatap entry ni,fahami dengan mata hati,bukan mata yang 2 bijik kita miliki..hehehe..Apa yang diharapkan semoga perkongsian ini sekali lagi memberi manfaat kepada pembaca.in shaa Allah.
Memandangkan minggu lepas aku dah menghadiri kursus kawen,sedikit sebanyak aku nak berkongsi sikit tentang apa yang ringan pada pandangan segelintir kita namun berat dan akan dipersoalkan diakhirat kelak berkenaan “NAFKAH”.Sebenarnya semua amalan kita akan dipersoalkan diakhirat kelak bukan hanya tentang nafkah semata ,tapi hari nih teringin nak berkongsi tentang benda nih sedalam2nya kepada pembaca .

“Aik,belum kawen pun sibuk nak ambik tahu pasal nafkah ?” mungkin persoalan ni akan timbul dihati masing2 kan? X ramai mungkin sorang dua akan ada soalan macam nih dalam hati mereka.betul tak ? Macam yang aku pernah post dalam entry sebelum nih,sebenarnya ilmu tentang perkahwinan bukan hanya perlu faham masa lepas kawen,tapi sepatutnya perlu ambik tahu sedalam2nya before kawen lagi rite? Ehemm..
Aku teringin nak tulis pasal benda ni ,biar kita sedar..bukan semua perkara kita boleh bawak main bawak bergurau..Sejak 2 menjak nih terlalu ramai pasangan yang dah kawen ,musnah rumahtangganya akibat nafkah yang terabai.tak kisah lah nafkah zahir atau batin sekalipun.Dan bukan Cuma terjadi kepada pasangan yang baru kawen bahkan yang sudah kawen berpuluh tahun lama pun still bercerai berai kerana masalah nafkah.Aku yakin di luar sana ada seorang atau mungkin ramai insan yang berada dalam situasi demikian.
Aku bukan nak reka cerita tapi perkara macam ni memang berlaku depan mata.Aku tidak tahu apa puncanya tapi percayalah ..berat hukumnya mengabaikan nafkah ..bkan hanya nafkah seorang isteri kepada suami..tapi juga nafkah seorang ayah atau ibu kepada anak,nafkah anak kepada ibu bapa..dan banyak lagi. Masa kursus kawen,terdetik hati untuk bertanya kat ustaz “apakah dibolehkan keatas isteri membuat tuntutan fasakh kepada suami yang mengabaikan nafkah x kira nafkah zahir atau batin? (tapi kebanyakan zahir) contohnya macam duit belanja ,makanan atau pakaian etc.ustaz cakap boleh !! perkahwinan itu maksudnya kita sudah sedia dan sanggup untuk berkongsi apa saja milik kita kepada pasangan.Tapi mengapa still ada yang berkira dengan pasangan ? mungkin bagi mereka dengan memberi nafkah batin itu sudah memadai barangkali ? kalau ada yang berfikiran macam tu ,aku rasa mereka patut disekolahkan balik ..hurhhh !! geram jugak sebenarnya .
Bagi kami yang belum kawen ni ,ia memberikan persepsi yang tak begitu sedap mata memandang ..hukhuk.kadang cuba untuk berfikir positif “mungkin mereka memang tak mampu “ tak mampu ? bukankah telah ditetapkan ada hukum wajib ,makruh,harus,sunat dan haram menikah ? xtau ? tujuk balik buku SPM !! Kalau tak mampu nak bagi nafkah jangan menikah ..Orang yang benar2 disunnahkan menikah ialah orang yang benar2 telah mampu zahir batin .mampu tak bermaksud KAYA BOLEH NIKAH ..tapi mampu bermaksud dia sudah punya satu pendapatan yang membolehkan dia bagi makan minum pakai kat pasangan .Tu yang penting.
Kesian bila fikir bagaimana kehidupan orang yang terabai nafkahnya.Rasa macam nak nangis pun ada.Teringin nak bantu mereka,pertahankan hak mereka bukan sebagai isteri tapi sebagai manusia yang punya hati dan perasaan.kalau la mampu !! ermm.Walau apa pun yang terjadi,berharap sentiasa kuatkan hati dan bersabar.Ini ujian Allah bagi bukan untuk melemahkan insan tapi untuk buat kita kuat.Allah uji tanda sayang kan ? yakin lah disetiap kesusahan kita Allah sudah sediakan satu “present” yang cantik buat kita walaupun balutan diluar nampak buruk .
Nafkah suami ada 3 jenis :

1)    Nafkah peribadi isteri-walau isteri bekerja,wajib suami memberi nafkah
-nah sayang duit belanja bulan ni kot2 nak beli lipstick ke..seluar kocik ke..

2)    Nafkah keluarga-bila suami tak cukup gaji,isteri topap,”sedekah yang paling baik ialah sedekah seorang isteri untuk membantu suami.Isteri bukan menanggung suami tapi mencukupkan apa yang suami tidak mampu.Kalau suami x bagi nafkah ..isteri tak redha,segala perbuatan suami,solat puasa x berguna lagi sebab x dapat pahala apa2.Walaupun suami itu ustaz atau tok imam sekalipun.
3)    Nafkah batin-bukan hanya di bilik tidur tapi menggembirakan isteri ,bergurau senda dengan isteri,memberi pujian.jangan pula suami berkata “matila gini ustaz ,banyak benar nafkah.Kalau taknak bagi nafkah jangan jadi suami,tukar jadi isteri.hikhikhik.

Alhamdulillah ,setakat tu je kot perkongsian untuk hari nih.semoga tidak jemu singgah disini ..membaca entry yang tak seberapa nih.kalau ada salah dan silap harap diperbetulkan ye .kat bawah ni saya nak kongsi satu lirik lagu dari opick ..kalau nak dengar,cari kat utube k..moga kita muhasabah diri bersama .in shaa Allah ..Wassalam

OPICK_TAK CUKUPKAH SEMUA
Berapa banyak lagi airmata
Berapa banyak lagi luka-luka
Yang bisa membuka setiap mata
Bahwa tangan kita telah membuatnya

Berapa banyak lagi pohon tumbang
Berapa banyak derita menyapamu
Berapa banyak lagi bencana
Dan kita menjadi saksi semua

Tak cukupkah semua
Apa yang terjadi
Membuka sang mata
Membuka sang hati
Dan lihatlah semua
Apa yang terjadi
Semua tutup mata
Semua tutup hati

Berapa lama lagi untuk hati
Bersimpuh dan kembali pada Ilahi
Berapa lama lagi untuk jiwa
Tersedar untuk kembali padanya


                      Ps: kalau rajin,buka alQuran,cari surah Ar Rum ayat ke 41,fahami maksudnya J

2 comments:

  1. semoga kita semua dpt menjalankan tanggungjawab masing2 dengan penuh keimanan....in shaa allah...

    ReplyDelete