Thursday 26 May 2016

LAKARAN RINDU (1)

 
Tinggal lagi 3 bulan  majlis perkahwinan aku akan berlangsung.Terasa seolah waktu berlalu terlalu pantas. ‘Bersediakah aku menjadi seorang isteri ? ‘ bisik hatiku gundah.Persiapan perkahwinan sudah 70 peratus siap.Itupun keluarga bakal suamiku yang membantu terutamanya persediaan dari segi catering,sewa dewan ,termasuk mekap dan hiasan pelamin.Soal  hantaran pula Nazrin kata serahkan pada dia.Tugas aku hanya menemani dia membeli kelengkapan perkahwinan kami nanti.Semua kos perbelanjaan  disponsor oleh Nazrin dan keluarganya.Aku ? belum berkahwin lagi sudah memegang title surirumah sepenuh masa.Belum sempat aku melamar pekerjaan,jodoh terlebih dahulu melamarku.Aku terima dengan hati terbuka,semoga ada hikmah sebaliknya.

Muhd Nazrin Shahz,lelaki yang telah menjadi encik tunangku tiga bulan lepas.Kenal hampir tiga tahun,namun  hanya berhubung melalui laman social facebook.Tidak terlintas langsung di hati bahawa dialah bakal jodohku suatu hari nanti.
“Adreanna  !” sapa Rannia mengejutkan aku lantas mematikan lamunan.
“nengong  gapo deh?? “ sambungnya lagi.Mungkin pelik kerana dari tadi aku diam tak berkutik.Sudah seminggu Rania berkunjung ke rumahku.Bercuti katanya dan in shaa Allah esok akan balik ke Kelantan semula.Aku menggeleng kepala.
“Nothing dear,Sedih Nia nak balik dah esok,”Aku memeluk lengan Rannia.
“Ala,next three month Nia datang balik.Tak sabar nak tengok sayang Nia jadi pengantin.Lama dah tunggu tau.”Rania tergelak kecil ,seronok menyakat aku.Menjerit kecil gadis kecil molek itu apabila cubitanku singgah di lengannya.
“Nia je la kahwin,Reanna bagi abang Nazrin kat Nia.Nak ? tak pun kita kongsi .” Aku menyakat dia kembali.Rannia mencebik muka.
“Amboi,senang je nak passing orang kat kita ye.Mek,mu ingat abg Nazrin tu bola pingpong ke? “ Aku tergelak besar mendengar omelan Rannia.
ZahratulRania,gadis kecil molek yang berasal dari Kelantan.Belum sampai setahun mengenalinya namun hubungan kami sudah akrab seolah bertahun lama kenal.Dialah kawan,dialah kakak tempat aku berkongsi segala cerita.Menangis,ketawa bersama.  ‘Eh,dah macam lirik lagu pula.’ Bisik hatiku perlahan.
Runtuhkan tembok China
Buat kita terpisah
 Pedulikan semuanya
 Aku milikmu
Jendera, dipelukkan
 Di mata, selalu
 Masa perlahan berputar
 Bila nanti kita bersatu
 Sabar menantikan aku
 Akan tiba kita berdua
Entah bila kapal musnah
 Belah samudera
 Jendera, dipelukkan
 Di mata, selalu
 Masa perlahan berputar
 Bila nanti kita bersatu
Sabar menantikan aku
Akan tiba kita berdua
Masa perlahan berputar
 Bila nanti kita bersatu
 Sabar menantikan aku
 Akan tiba kita berdua
Dendangan lagu romeo dari stacy berkumandang di radio hot fm.ku teliti satu persatu lirik yang ku dengar.Memang amat berkait dengan perasaanku tika ini.Rania telah lama terlelap disebelahku.Telefon bimbit diatas meja ku capai.Peti mesej yang ku terima pagi tadi aku baca kembali.Mesej dari nombor yang tidak dikenali namun melalui ayat yang terkandung di dalam mesej tersebut aku yakin pengirimnya adalah perempuan ,perempuan yang pernah bertakhta di hati abang Nazrin suatu masa dulu.Dari mana dia mendapatkan nombor telefon aku pun tidak pasti.
“Saya masih perlukan Abg Nazrin” ringkas namun bisa meributkan hati yang damai.Perlahan airmataku mengalir menuruni pipi.Kenapa? kenapa saat ini dia hadir kembali? Aku cuba mendail nombor yang terpapar di skrin telefon ,namun gagal dihubungi.
Benar kata orang,tempoh pertunangan adalah tempoh ujian bagi pasangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.Lebih-lebih lagi Nazrin sekarang ini agak sibuk dengan kerjanya.Banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum cuti panjang.Jauh disudut hati ,kehadiran mesej yang tidak diduga itu mencuri ketenangan hatiku.Aku beristighfar seketika.
Di saat aku cuba melelapkan mata,telefon bimbitku berbunyi menandakan ada panggilan masuk.Telefon bimbit yang aku letakkan kembali di atas meja tadi dicapai semula.

:: Abang Senyum Calling… ::
Tertera nama Abang Nazrin yang aku panggil sebagai Abang senyum di skrin telefon.Sengaja aku simpan dengan nama itu supaya aku tidak lupa dengan senyuman yang membuat aku jatuh cinta pada kali pertama pertemuan kami iaitu pada hari kami ditunangkan.

“Assalamualaikum sayang.”ucap abg Nazrin sebaik sahaja butang jawab ku tekan.
“waalaikumussalam abang.” Jawabku ringkas
“Reanna sihat ? abg minta maaf.Kebelakangan ni agak sibuk dengan kerja sampai tak sempat hubungi Reanna.”
“Tak mengapa.In shaa Allah saya faham.”Aku tersenyum seolah Nazrin di depan mata.sesekala mataku melirik kearah Rania bimbang dia terganggu tidurnya gara2x aku yang bergayut di telefon..
“Abang tak boleh sembang lama,kejap lagi ade operasi.Reanna jaga diri ya.Sebelum abang terlupa,abang dah bagitahu ummi supaya temankan Reanna ambil cincin nikah hujung minggu ni.Nanti cuba cincin tu ya.Kalau tak berkenan bagitahu abang,nanti boleh tukar .”
“In shaa Allah abg.Cantik di mata abang,cantik juga dimata Reanna.”Selesai sahaja mengucap salam,telefon kumatikan.Berkenaan cincin,aku meminta Nazrin untuk memilih sendiri walaupun setelah puas dia memujukku untuk memilih cincin yang aku berkenan.Namun jika aku yang memilih,aku tetap memilih cincin yang sama kerana mataku sudah tertarik dengan cincin itu sejak mula masuk kedai lagi.Citarasa kami sama.bisik hatiku
Pagi pagi lagi aku sudah bangun,solat subuh dan menyediakan sarapan.Sebentar lagi van tambang yang akan menghantar Rania ke airport akan sampai.Jarak perjalanan dari rumahku ke airport mengambil masa sekurangnya tiga jam.



.Selesai sarapan ,kami sekeluarga menghantar Rania ke depan rumah kerana van tambang sudah menunggu.Aku peluk Rania erat ,rasa berat hati untuk melepaskan dia pergi.Sahabat yang sudah kuanggap seperti kakak sendiri.
“Nanti sampai Kelantan,Kirim salam kat umi ye.Jaga diri elok2.Dah sampai call Reanna ok .”ucapku dengan suara bergetar menahan sebak.
“ye sayang.Dont worry ! nanti Nia call .” jawab Rania,menenangkan aku..
Selesai sahaja makan,aku mengangkat pinggan kotor ke sinki.Adik-adikku telah berlalu ke ruang tamu untuk menonton televisyen.Emak turut membantuku.Ayah pula tidak makan tengah hari  di rumah hari ini kerana membaiki surau di kampung lain.
“Reanna,Nazrin ada call ? lama dah mak tengok Reanna tak bersembang dengan dia melalui telefon.”Emak bersuara memecah kesunyian.yelah,khusyuk sangat aku mencuci pinggan mangkuk seolah tidak menyedari kewujudan emak di sisi.Aku menoleh ke arah emak seketika yang sedang menuang air masak ke dalam teko untuk dimasukkan ke dalam peti ais.
“Ada mak.Malam tadi dia call kejap.Bulan ini dia agak sibuk dengan operasi.”jawabku pendek.Terasa macam ada sesuatu yang emak ingin tanya kepadaku.Mungkin tentang majlis perkahwinan aku yang tinggal lagi 3 bulan.Ye lah,kalau pasangan lain,mungkin sudah kelam kabut bila mengetahui tarikh perkahwinan semakin dekat.Tapi aku,selamba macam tiada apa2 yang hendak aku risaukan.
“kenapa mak ? Mak rindu abang Naz ke? “ Sengaja aku menyakat emak.Ingin melihat reaksinya.
“Ish,budak nih !” Emak menepuk lenganku kuat.Aku menjerit perlahan.Haa..Padan muka kau Reanna.kan dah kena tepukan maut dari emak.Aku terkekek menahan gelihati.
“Bukan apa,mak tengok Reanna macam tak buat apa2 persediaan pun.Mak ingat  nak keluarkan sikit duit Asb untuk majlis Reanna nanti.” Fuhh! Tembakan ku mengena.Apa yang aku jangka sebentar td memang betul.Emak risaukan tentang majlis perkahwinanku.Kami berdua duduk kembali di meja makan.Terasa dahaga dengan cuaca panas di luar dan bertambah2 dahaga apabila majlis perkahwinanku menjadi topik perbincangan,Air kosong di dalam gelas ku teguk perlahan.
“Mak,Anna ingat nak kerja la .”perkara ini telah lama aku fikirkan Cuma kelu lidah untuk ku sampaikan kepada emak.Kali ini aku tekad,Biarlah duit simpanan emak itu digunakan untuk perbelanjaan sekolah adik2 nanti.Emak memandang ke arahku.Lama dia terdiam.Mungkin memikirkan tentang hasratku itu.Di ruang tamu kedengaran riuh suara adik bergelak ketawa.Mungkin ada rancangan lucu yang sedang mereka tonton.Pada musim cuti sekolah ini saja lah masa terluang untuk kami sekeluarga berkumpul beramai2.
“ Nak kerja kat mana ?”
“Pekan kot” pendek jawapanku.Perkataan kot di hujung ayat membuat kan emak mengerut dahi.Tampak raut risau diwajahnya.
“Dengan siapa? Duduk mana? Kerja apa? Dah bagitau Nazrin ?Dia bagi tak ? “Zassssss ! berdas soalan keluar dari mulut emak.Semuanya tiada jawapan yang pasti .Lain kali nak cakap tu fikir dulu.Aku mengomel di dalam hati seolah mengutuk kelancangan mulut sendiri.Tapi aku musykil kenapa perlu minta izin abang Naz pula?Belum jadi suami aku.
“Bukan minta izin ,just inform dia bak kata org putih.”Sambung emak lagi apabila melihat aku hanya diam.Hai,speaking London pula mak aku ni ! Macam tau2 je anak dia tengah fikir apa.
“Belum lagi mak.Malam  tadi tak sempat nak beritahu dia.Hujung minggu ni Umi datang rumah jemput Reanna.Ambil cincin nikah yg dah tempah haritu.’” Jelasku panjang  lebar.Emak hanya mengangguk.
“Mak bukan apa,risaukan kamu ni.3 bulan bukan lama.pejam celik pejam celik dah sampai hari majlis .Mak tak nak kamu kerja kalau ikutkan hati.Lepas nikah terpulanglah kamu nak kerja atau tak,tapi yg penting minta izin suami dulu.” Aku terdiam mendengar kata  berunsur nasihat dari emak.Air kosong di dalam gelas diteguk lagi untuk sekian kali.
‘Makkkkk,Reanna nak tunda majlis ! ‘ kata2 itu hanya tersekat di kerongkong.Tidak sanggup untuk aku luahkan apa yang aku rasa sekarang ini.Malu sebenarnya apabila aku memikirkan 100% urusan majlis terbeban di pihak lelaki.Jauh disudut  hati aku ingin membantu sama walaupun sedikit.
“Reanna,dengar tak apa mak cakap tadi ? ishh ! termenung pula budak nih.”Emak mula membebel apabila aku hanya mendiamkan diri tanpa memberi  sebarang respon.
“ye mak .In shaa Allah.”jawabku pendek.
“setuju tak cadangan Mak mula2  tadi ? “ Ah sudah.Terpinga pinga aku .terlupa seketika tentang perbincangan sebentar tadi.Kepala yang tidak gatal ku garu cuba mengingat kembali.Emak menggeleng kepala.Tersengih aku menutup kelalaian diri .Reannaaa focus PLEASE !!!
Jam menunjuk ke angka 11 malam.Aku mengerling seketika ke arah telefon bimbit di atas meja.Masih belum ada sebarang panggilan ku terima dari Rannia.Mungkin dia letih sampai terlupa menelefon aku.Abg Naz? Pun sama.Tiada khabar berita hari ini.Sms tiada,call apatah lagi.Rindu aku dengan Encik Tunangku itu.
Novel diatas meja kucapai. ‘suami aku ustaz’ watak hero dalam novel itu persis abang Nazrin,Cuma bezanya dia bukan ustaz.Tak mengapa kalau bukan ustaz sekalipun yang penting dia menitikberatkan soal agama dalam kehidupan.Lagipun layak ke aku nak bersuamikan ustaz.Itu hanyalah impianku suatu masa dahulu.Dalam novel itu watak hero bernama ustaz Hafiz yang telah mengahwini adik sepupunya Alisa.perbezaan umur mereka lapan tahun sama seperti aku yang muda lapan tahun dari abg Nazrin,hemm..Lebih kurang begitulah sifat abg Nazrin yang mampu aku gambarkan.Hai Adreanna,berangan !
Aku mencapai telefon bimbit sebaik saja bunyi isyarat mesej masuk kedengaran.
#6017566xxxx
~ I miss you Sayang
Lama aku merenung ke arah mesej yang terpapar pada skrin telefon bimbitnya.Sesekali dahi dikerut cuba mengingat kembali nombor yang tiba-tiba menghantar mesej tengah malam begini.Rannia yang ditunggu namun mesej dari orang lain yang aku dapat.Dari semalam lagi dapat mesej dari unknown,hari ini dapat lagi..hidup memang sesuatu yang misteri.Aku mengeluh perlahan.







No comments:

Post a Comment