Saturday 6 September 2014

KALAM RINDU 4

 
sambungan novel .....
 
  Melihat aku berdiam,emak menyambung lagi kata-katanya. “Sayang,tadi mak dengan ayah dah bincang pasal tarikh pertunangan Haura dengan Aiman.kalau boleh kami nak secepat mungkin,dalam bulan depan boleh?” Emak meminta pendapatku.Kurenung wajah emak lalu mengangguk perlahan.
“Mak,haura ikut je .Apa yang terbaik mak dan ayah rasa,itu juga terbaik buat Haura.”Bibirku cuba mengukir senyuman semanis mungkin walau jauh disudut hati terasa seperti ada ribut melanda.Bahagia terasa bila hari yang ku tunggu-tunggu menjelang tiba namun aku lebih risau memikirkan sesuatu..layak ke aku ??
Aiman Mukhlis ,senior masa aku menyambung pelajaran di Universiti pendidikan Sultan Idris.Lelaki yang aku telah jatuh cinta diam-diam.hampir setiap hari aku mengintai laman instagram miliknya.Sehingga suatu masa aku berputus asa untuk memilikinya apabila mengetahui dia bercinta dengan seorang pengacara rancangan di televisyen yang agak terkenal iaitu kyra Anuar.Tapi menurut emak ,nama arwah isteri dia Ain,bukan kyra.Aku keliru ,cuba mencari jawapan kepada persoalan yang muncul di benak fikiran.Malam itu tidurku tidak lena memikirkan perhal Aiman..Aku hanya mampu berdoa semoga dipermudahkan urusan nanti.
Pagi itu setelah sarapan,aku meletakkan beg ke dalam bonet kereta.Aku tak boleh tinggalkan kedai buku lama sangat.kesian hayanie di kedai seorang diri.Pekerja baru pula hanya akan datang minggu depan.Aku bersalaman dengan emak dan ayah sebelum masuk ke dalam kereta.
Selesai menyusun stok buku yang baru sampai ,Hayanie membantu aku meletakkan tag harga supaya senang pembeli untuk rujuk harga tanpa pergi ke tempat cashier.Hari ini kedai agak lengang.Mungkin juga disebabkan hari ini bukan hari minggu.Biasanya kedai agak sesak dengan kehadiran pelajar-pelajar yang datang untuk membeli buku rujukan,tak kurang juga ada yang datang untuk membeli novel terutamanya golongan remaja.
“Yan,lepas ni teman akak beli barang boleh ?”aku memanggil Hayanie yang sedang tekun menyusun buku di rak..Nadia ,pekerja baru yang sudah masuk dari minggu lepas turut sama membantu.
“Boleh kak.bila??”hayanie tersenyum kearahku. ‘comelnye budak nih.’puji hatiku ikhlas.
“emm,akak ingat nak bukak kedai half day je hari ni. Sebelum sembahyang jumaat kita tutup kedai.Nad nak ikut ?” soalku pula kepada nadia yang dari tadi hanya menjadi pendengar setia
“nak..nak..nak..”semangat dia menerima ajakanku.Aku ingin membeli sedikit barang untuk majlis pertunanganku hujung minggu ini.Hayanie dan Eyfa akan mengikut aku pulang ke kampung nanti bersama-sama meraikan hari bahagiaku.
“okeyh,lepas kita siap susun buku ni,kemas kedai sikit ,dalam pukul satu kita keluar ye.”
“okeyhh boss !” kami sama-sama tergelak melihat telatah masing-masing.
Aku telah memaklumkan kepada emak yang aku hanya inginkan majlis yang sederhana.Emak bersetuju begitu juga dengan keluarga Aiman.Namun permintaan dari keluarga Aiman supaya majlis perkahwinan kami dibuat besar-besaran tidak mampu aku tolak.Menurut puan Aishah,dia ingin melihat anak dia bersanding kerana perkahwinan pertama Aiman dulu hanya dibuat kecil-kecilan memandangkan masa itu Aiman baru sebulan bekerja.Perkahwinan pertama Aiman juga seperti sekarang ini,atas pilihan keluarga.
Aku menempah jubah satin berwarna krim dihiasi manik halus pada lengan untuk majlis pertunanganku nanti.Itupun aku buat masa keluar dengan puan Aishah minggu lepas .Secara tiba-tiba hari itu dia menelefonku untuk mengajak aku ke butik milik mereka di Shah Alam.Hanya seminggu jubah itu telah siap dan hari ini aku perlu pergi semula ke butik itu untuk mengambilnya.
Setelah selesai mengambil jubah dan membeli barang-barang keperluan,kami bertiga singgah ke sebuah restoran di tepi ibu kota.RESTORAN DAPUR IBU.Aku memandang ke arah nama yang terpampang di depan restoran,tertarik dengan hiasan dalam restoran itu yang ala2 kampung tradisional.Mejanya bercorak tikar mengkuang dan ditepi dinding pula ditampal dengan gambar-gambar rumah tradisional yang terdapat di seluruh Malaysia.Selesai saja memesan makanan pada pelayan,kami berborak seketika.Tiba-tiba mataku tertancap ke arah pasangan yang sedang menjamu selera tidak jauh dari meja kami. ‘Aiman?’nama Aiman terpacul dari mulutku membuatkan Hayanie dan Nadia memandangku serentak.
“Kenapa kak??”hayanie menyoalku pelik kerana tiba-tiba sahaja aku menyebut nama seseorang.
“erm,xde apa-apa.”jawabku ringkas.namun mataku masih memandang kearah pasangan yang kelihatan mesra .Gadis bertudung merah hati yang duduk di sebelah Aiman seperti aku kenal .’KYRA ?’ Ya memang dia ,aku kenal wajah itu.Tak berubah Cuma agak kelihatan sedikit matang dari 3 tahun lepas.Gadis itu menoleh,sedar diri diperhati.Aku segera menunduk,tidak mahu Aiman menyedari kehadiran aku disitu.Nanti aku dituduh mengintip pula.Kemesraan mereka membuat hatiku sakit.’err..aku cemburu?’ segera aku buang perasaan itu jauh-jauh.Selesai sahaja makan,Kami bertiga cepat-cepat keluar dari restoran dengan alasan ada lagi barang yang aku hendak beli.Malas aku nak menghadap muka Aiman dan Kyra lama-lama.Silap haribulan boleh buat nanah kat hati..jelous?? MEMANG !!!
“You,confirm ke pasal majlis pertunangan tu ?”Kyra memulakan bicara .Kecewa di hati masih lagi mampu dibendung apabila Aiman menyatakan tentang majlis pertunangannya yang akan berlangsung hujung minggu ini di kampung.
“yup ! “Aiman mengangguk perlahan.Jus oren diteguk perlahan,perasan dengan perubahan suara Kyra apabila kisah tentang majlis pertunangan diutarakan.
“Dengan siapa?”tanya Kyra lagi ingin tahu
“Haura Ibtisam.junior kat UPSI.”
“Humaira tahu?Dia boleh terima Humaira sebagai anak?”baur cemburu pada soalan yang Kyra tanya membuatkan Aiman terdiam seketika.Hati gadis di depannya itu perlu dijaga.Sudah hampir 10 tahun dia mengenali kyra semenjak mereka menamatkan zaman persekolahan lagi.Dan dia juga tahu Kyra sudah lama ada hati padanya.Tapi dia lebih memikirkan tentang kebahagian umminya,Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.itu yang ingin dia dapatkan selagi menjadi hamba dibumi Allah ini.Ingatannya kembali pada perbualan bersama puan Aishah tiga bulan yang lalu sebelum dia bersetuju menyunting humaira sebagai teman hidupnya merangkap isteri.

No comments:

Post a Comment