Sunday 24 January 2016

HARI INI ..........

 
 
 
HARI INI......

kita terlalu leka dengan drama korea di tv , konsert serta lagu ..
tapi adakah kita sudah cukup ilmu untuk menghadapi hari mati ?

HARI INI......
kita sanggup beli tiket mahal2 semata nak tengok wayang dan tiket bola..
tapi apa yang kita sumbang untuk islam agama kita ?

HARI INI......
kita banyak berdoa semoga ditemukan jodoh dengan manusia...
tapi adakah kita pernah berdoa dpermudahkan saat sakaratulmaut ?

HARI INI......
kita sanggup sediakan segalanya untuk hidup seperti rumah ..kereta dan harta...
tapi adakah kita sudah bersedia bila berhadapan dengan masihi dajjal ?

HARI INI.....
kita sanggup tahan mata untuk baca novel beratus muka surat...
tapi pernahkah AlQuran kita buka dan baca walau selembar setiap hari ?

HARI INI......
kita kumpul duit banyak2 sebab nak pergi pusing satu dunia untuk bercuti...
tapi adakah kita pernah melangkah kaki ke masjid sedangkan sebelah rumah ?

BY,missplaster !

Wednesday 20 January 2016

Resepi Ayam Bakar Gula Apung

\
 
  
Memandangkan blog nih sunyi je tanpa sebarang pos,meh wani nak kongsi sikit resepi .kot2 ade sesiapa yang blur nak masak ape petang nih kan.boleh la follow resepi nih.nih resepi wani sendri yang reka xde ciplak kat mana-mana resepi yg dah sedia ada.kalau macam sama tu kebetulan jela.
 
Resepi nih request dari adik bongsu.Dia teringin sgt nak makan ayam bakar katanya.kalau masak ayam bakar ,aku suka yg ade rasa manis ,masin,pedas sikit.So tak nak cakap banyak,boleh tengok resepi kat bawah.Oye,gambar ade tapi kat fon..belum letak kat lactop
 
 
Resepi Ayam bakar Gula Apung
 
6 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 inci lengkuas
dada ayam
serbuk cili
serbuk kunyit
gula Apung/Gula melaka
sedikit garam 
 
~bahan2 diatas boleh ditambah sekiranya kuantiti ayam banyak ye..Blend kesemuanya dengan sedikit minyak kecuali serbuk kunyit ,serbuk cili dengan garam.Setelah itu perapkan pada ayam sekurangnya 30 minit sebelum dibakar supaya bahan meresap kedalam isi ayam.Ohye,Gula Apung atau gula melaka wajib di blend sebati dgn bawang dan bahan lain.selepas itu bolehla dibakar.Wani guna periuk magic Avon untuk bakar.lagi sedap berbanding bakar dengan ketuhar mikrowave.
 
sedap ke ?? tak boleh cakap banyak .Better pi cuba dulu.baru tahu ummphh kesedapan dia tahap mana..selepas cuba resepi ni,nak bg komen pun bleh..blog wani always open <3
 
okeyh tu je..selamat mencuba..wassalam

Friday 15 January 2016

Aku Ada Sorang Kawan Nih ....

 

aku ada sorang kawan nih..time aku demam ..dia serupa mcm mak..caring sgt..dari jauh dia pi hantaq air hundred plus..ubat..roti..nak bg aku cepat sihat..

aku ada sorang kawan nih.bila kami makan ramai2..dia ambik ayam kat pinggan aku,gigih dia potong kecik2 then bg kat aku sbb sian tgok aku terkial kial potong ayam guna garfu dan pisau..

aku ada sorang kawan nih..dia sudi makan kek cheese yg aku buat walaupun kek tu cair je ..dia ckp " takpa,nanti bawak balik rumah simpan dlm freeze boleh makan."

aku ada sorang kawan nih..dia sanggup balik terngganu,beli keropok lekor sebab aku teringin nak makan dan bawak balik sarawak..

aku ada seorang kawan nih..dia ambik duit kertas 5 ringgit..dia buat origami cincin dan suruh aku pakai,dia kata nak buat aku happy walaupun aku tau dia sedih sebab masa tu dia nak pergi sambung belajar  dan tinggalkan aku.

aku ada sorang kawan nih yg beria2 marah bila dia tau ada orang sakitkan hati aku dan bawak aku jalan2 kalau aku stress..yang sudi teman aku pegi kolej sama2..yang ckp "wani jgn down ye" bila kena marah lecture.
 
aku ada sorang kawan nih yang sanggup berjaga sampai tengah malam semata mata nak dengar luahan hati aku dan kisah hidup aku yang sentiasa sedih je ni...


~tapi aku kini jauh dari kawan nih..bila aku sibuk cari cinta yg aku tak pasti mampu tak cinta tu buat sama seperti kawan buat ? sungguh aku rindu masa dulu2..masa yg aku hanya kenal erti kawan ...inilah kisah aku dgn kawan..sebenarnya banyak lagi..tapi nak kna punggah blik ootak cari memori yang hilang..hihihi.

Saturday 2 January 2016

TUKAR NO TELEFON (CIMB CLICK)

 
 

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk tulis entry hari ni memandangkan tak buat apa2 kat rumah.Cuma nak berkongsi satu benda sikit.

Beberapa minggu lepas tak tahu ada satu hal yang buat aku nak guna cimb click untuk topup kredit telefon.Memang biasa guna Cimb Click untuk topup,mudah dan tak perlu nak pi kedai especially kalau nak guna fon masa emergency.Lagipun kalau pakai cimb click ni pun mudah untuk urusan jual beli brg online atau bank in duit.Tak perlu nak keluar pergi atm atau bank terdekat.lagipun sarawak nih kemain susah nak cari bank cimb.
Hope sarawak menyediakan lebih banyak bank2 cimb atau atm bg memudahkan kami penduduk kampung terpencil ni melakukan urusan berkaitan dengan bank.hope sangat2.

Btw malas nak panjang cerita,haritu aku hantar email kat pihak cimb nak tanya pasal cimb click.Contohnya kalau nak topup kan,pihak cimb akan hantar tac number dulu kat telefon sebelum urusan diluluskan..cewahh..ayat .haha.Alkisahnya,aku pakai no maxis masa daftar cimb click.Dan no maxis tu dah expired .So nak dpt msg cane kan ? start la pening..ape lagi,aku pi la email cimb.Aku email direct kot cane nak tukar no telefon untuk cimb click.hahaha..macam pelik je !!
Mula2 tu dapat email,pihak cimb suruh call direct,nak call cane,kedit tade time tu..heeee

Tapi alhamdulillah beberapa hari lepas ,dapat email dari pihak cimb dan diorang terangkan macam mana nak tukar no fon untuk cimb click melalui atm.hehehe..ok boleh tgok kat bawah ye ;)


Untuk makluman anda, sekiranya anda ingin mendaftarkan nombor ( tempatan) baru telefon bimbit bagi tujuan penerimaan TAC melalui SMS untuk akaun CIMB Clicks anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1 : Masukkan kad ATM anda berserta no PIN ATM
Langkah 2 : Pilih "Others" di Menu Utama
Langkah 3 : Pilih "CIMB Clicks" dan diikuti "TAC Registration"
Langkah 4 : Masukkan nombor baru telefon bimbit anda. Kemudian anda sepatutnya menerima resit/slip menyatakan pendaftaran TAC anda berjaya.
Langkah 5 : Bagi menukar rekod nombor telefon bimbit anda di CIMB Clicks, sila ke "Settings" >> "My Data" >> "Update Contact Information". Anda perlu memasukkan TAC yang dihantar ke nombor baru telefon bimbit anda bagi melengkapkan proses penukaran ini.
 
Terima kasih kepada pihak cimb yang memberi kerjasama  ! :D
 
wassalam...