Tuesday 2 September 2014

Kalam Rindu 3

 
 
 
Setelah berbual seketika dengan Hayanie,aku meletakkan telefon bimbit di atas meja semula.perhatian kembali tertumpu kearah sepasang jubah hadiah dari Puan Aisyah untukku.
Tangan ligat membelek selendang di dalam beg.sehelai wide shawl berwarna kuning susu dengan corak bunga halus dicapai .okeyh..warna ni sesuai kot.bisik hatiku puas.

Haura dah siap?Kedengaran suara emak memanggil di tingkat bawah.
ye mak ! kejap.Haura nak betulkan tudung nih setelah berpuas hati dengan penampilanku ,aku bergegas menuju ke arah pintu . PANG !!! kaca musix box milikku pecah bertaburan di atas lantai akibat terkena siku. Allah,music box kesayanganku !berair mataku memandang ke arah lantai.Kaca bertaburan disana sini . ah !nanti aku kutip.Ada hal lebih penting perlu aku buatbisik hati pilu.Kakiku terus melangkah menuruni anak tangga.Emak ,ayah dan adik sudah menunggu di dalam kereta.
Kira-kira pukul 8 malam kami sampai ke rumah Puan Aisyah dan Tuan haji Azham.Banglo mewah milik mereka mencuri perhatianku..
Allah,kayanya mereka,jauh berbeza dengan kehidupan keluarga aku..bukan tiga kali ganda,mungkin 10 kali ganda barangkali.layak ke aku ?hatiku terkedu seketika..Kelihatan sepasang suami isteri yang berpakaian jubah hijau muda telah menunggu di depan pintu.Sederhana gaya mereka ,tidak seperti sesetengah orang kaya yang lain yang terlalu bergaya tapi pakaian tidak menurut syariat. tenangnya wajah merekapuji hatiku ikhlas.
Setelah ayah dan emak bersalaman dengan tuan Haji Azham dengan Puan Aisyah,aku menghulur tangan untuk bersalaman dengan wanita berusia separuh abad itu namun masih kelihatan cantik pada pandanganku.
Haura ke ni ? Mata redup pasangan suami isteri itu tersenyum memandang ke arahku.Malu dipandang sebegitu,aku tertunduk dan tersenyum mengiyakan pertanyaan dari mereka.
Subhanallah,cantik !puan Aisyah mengucup dahiku.Terasa darah naik ke muka akibat terlalu malu.Kalau dalam cerita kartun,sudah lama pipiku nampak kemerah-merahan akibat malu yang teramat.Senyuman kuhulur cuba menyembunyikan gugup di hati.
Emak dan ayah hanya tersenyum di sisiku.Patutlah mereka beria-ia menyuruh aku menerima lamaran dari keluarga ini.Keluarga yang terhormat dan dikenali bukan kerana mereka kaya,tapi kelembutan dan keramahan pasangan suami isteri itu terhadap warga kampung.Dan mungkin disebabkan itu juga mereka dimurahkan rezeki hidup di bumi Allah yang tersangat luas ini.
Menurut emak lagi,mereka sudah lama berkenan menjadikan aku menantu sejak mula berpindah ke kampung ini.Sebabnya aku tidak tahu.Emak tidak pula bercerita mengenai itu dan aku pula malas untuk ambil tahu.Sebelum ke sini ,mereka menetap di Alor gajah melaka.Namun Aiman telah dipostingkan untuk mengajar di universiti berdekatan.Aiman? mana dia ? mataku melilau mencari ‘bakal suami’ yang emak puji tinggi melangit.Harap-harap pujian emak itu bukan indah khabar dari rupa. ‘eh,kenapa bersangka buruk pulak nih’hatiku mula berprasangka .
Sesosok lelaki berjubah hitam menuruni anak tangga menarik perhatianku.  ‘eh ! macam berjanji pulak ‘Di belakangnya seorang gadis kecil turut sama turun.
***************************************************************************
Sampai sahaja di rumah,kakiku laju menuju ke bilik di tingkat atas.Jantung berdegup kencang seolah lepas berlari 100km . ‘musix box ! gambar ! mane???’satu persatu kaca musix box milikku dikutip.tapi bukan itu yang kucari.Sekeping gambar yang akan merungkai seribu persoalan yang terjatuh di bawah katil dicapai.lima tahun gambar disimpan,memori lalu kini segar kembali di ingatan.Mataku tertancap kaku pada gambar lelaki segak berbaju melayu ungu.Dia Aiman mukhlis ? bakal suami aku ?
Mataku berpinar,kerusi di meja solek kucapai cuba mengimbangi langkah. “apakah petanda ini semua ya Allah” airmataku serta merta turun membasahi pipi.Gambar tadi aku campak ke tepi.Emak menjenguk disebalik pintu,pelik melihat gelagatku sebentar tadi yang tergesa-gesa untuk masuk kedalam rumah sebelum sempat menunggu ayah mematikan enjin kereta.
“kenapa ni?” soal emak lalu mendekatiku
“erm,takde pape mak.musix box haura dah pecah”alasan ku beri cuba menyembunyikan selirat perasaan ketika itu.Aku tahu emak tidak berpuas hati dengan jawapan yang kuberi.Dan mungkin jugak emak sepertiku,di fikiran sedang memikirkan wajah ‘bakal suami’ku tadi
“Haura fikir tentang Aiman ?”soalan emak membuatku tersentak.betul sangkaanku.hati ibu mana pernah salah apabila berkaitan dengan anaknya.instinct kuat.Mungkin apabila aku bergelar ibu suatu hari nanti,aku juga akan seperti emak.
“Haura ,setiap apa yang berlaku ,ada hikmah disebaliknya.Emak tahu apa yg ada dalam fikiran haura sekarang ..dan mak tak pernah lupa ‘wajah’ itu semenjak pertama kali haura tunjuk kat emak suatu masa dahulu.Allah sayangkan Haura,mungkin dulu Dia nak Haura bersabar dan kini Allah dah berikan apa yang haura nak .Syukurlah sayang.”Emak cuba memujukku.Aku hanya terdiam mendengar kata-kata keramah dari seorang ibu.betul kata emak,apa yang nak disedihkan,Dia memberi orang yang aku impikan suatu masa dulu Cuma mungkin statusnya berbeza,dulu bujang dan sekarang dia duda anak sorang.

No comments:

Post a Comment