Sunday 28 September 2014

Nak kawen dah ???

 
"Eh,dah nak kawen ke?? "
"Bila nak kawen?"
"dah ada calon ke?? "
 
Haa..adat kehidupan sebagai gadis bujang nih..ada je soalan cepumas yang di tanya..cewahhh..bukan sekali..bukan dua kali tapi berkali2.Kadang sampai stress duk fikir.tak penat ke tanye ? ihihi..mulut orang biasala.kalau mulut tempayan boleh tutup lagi kan? hikhik.
 
btw,entry hari ni bukan nak cerita pasal aku nak kawen ke ape,cuma nak kongsi pasal kursus kawen yang aku attend 3 hari lepas.hihi.Entah macam mana boleh terjerumus dalam kursus ni..HAHAHA.. ayat kemainn !!.
 
24 & 25 hb yg lepas,aku ikut sepupu pergi kursus kawen.tak plan pun sebenarnya.saja2 nak teman sepupu memandangkan dia tak berani nak pergi sorang.Malu katanya.hihi.Aku pun apa lagi,ikut jelaa..ni first time aku pergi .orang lain umur 23,dah ada anak 4 kononnya.aku baru nak pergi kursus? hahaha.Tu baru kursus..nikah belum lagi.
 
Dalam dua hari berturut2 ni,banyak benda baru aku belajar.Sebenarnya bila difikirkan balik,pengisisan dalam kursus kawen nih semua pasal benda yang aku pernah belajar masa ambik STAM kat johor.Antara tajuk penting yang ustaz sampaikan haritu ialah pasal nikah,talaq,iman,ihsan dan banyak lagi.
Bila difikirkan balik tentang hikmah perkahwinan,aku jadi diam sejenak,indahnya sebuah perkahwinan tetapi mengapa wujud jugak penceraian.
"Dah takdir nak bercerai,nak buat cane "
Rasanya itu bukan jawapan dan persoalan yang utama.Sebelum nikah lagi kite dah didedahkan tentang apa yang perlu ada dalam sebuah perkahwinan..lebih2 lagi dalam memilih pasangan.Terasa pelik sebab still wujud lagi penceraian.Menurut ustaz,dalam suatu hari lebih 40 org yang memohon untuk berkahwin,tapi selepas itu 10 org pasti bercerai.
 
Tapi tak boleh nak cakap apa la,itu hak masing2,takkan kita pula nak campur tangan kan?Namun sebagai orang yang belum kawin,aku perlu meneliti benda nih sedalam2nya.Bukan mudah nak mendirikan sebuah alam perkahwinan yang Allah redha.Selain dari aspek agama,nilai tolak ansur jugak perlu dititik beratkan dalam sebuah perkahwinan.tak rugi untuk bersikap tolak ansur,itu akan lebih mengajar kita memahami pasangan.
Alhamdulillah jugak la sebab Allah bukak pintu hati aku untuk hadir kursus tuh.selain untuk mendapatkan sijil,niat untuk mendalami ilmu tuh penting even pernah belajar benda tu kan,tak salah untuk ulangkaji balik..ihihihi..dah macam nak ambik UPSR lak.HAHAHA..
OKEYHH..tu jela kot nak kongsi..haha.sory la kalau singgah kat entry ni buat korang rasa buang masa ..wekk :P tapi nak pesan sikit la kat bakal2 pengantin..
# fikir betul2 sebelum kawen tu k,jangan disebabkan nafsu,jangan disebabkan stress dengan pertanyaan org sekeliling..terus ambik keputusan nak kawen ..tp ilmu rumahtangga ? ZERO !! ..kawen kena prepare ilmu zahir batin,bagi cukup dulu baru boleh bina rumah tangga yang Allah redha..lebih2 lagi ilmu agama :)
okeyhh..nak kongsi sikit gambar masa kursus ritu..hikhik 


4 comments:

  1. Inshaallah..ada jodoh tak kemana. Sebenarnya ilmu perkahwinan ni bukan setakat masa nak kahwin..tetapi selepas itu..terutamanya bila dah ada cahayamata..kebanyakkan ibu bapa tiada ilmu dlm mendidik anak2..tak suka membaca atau mengorek ilmu yg ada..kesannya lahirlah anak2 yang terbiar..senandunghatiku doakan agar Puteri Kodok Putih menjadi ibubapa mithali..inshaallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..terima kasih atas doanya ye ..semoga kita sama2 memperolehi bahagia yg hakiki ..aamiin..in shaa Allah ^_^

      Delete