Monday 22 September 2014

TIP ELAK SIHIR 2014

 
Tips elakkan sihir !!
Alhamdulillah hari ini masih lagi mampu menatap bumi Allah yang serba indah .Namun percayalah,indah itu Cuma fatamorgana yang sering manusia berlumba-lumba untuk show off siapa yang paling angkuh..siapa yang paling berkuasa .Nauzubillah.
Ehemm,hari nihh teringin nak update pasal TIPS ELAK SIHIR memandangkan sejak kebelakangan nih sering sangat aku dengar orang terkena sihir..dengan aku sekali tak terlepas dari terkena benda keji  dan syirik lagi kufur tuhh.Tak kisah la apa jenis sihir pun,ia salah di sisi agama.Dan Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mensyirikkan Allah.
Sebelum tuh nak explain maksud syirik nih,Syirik diambil dari perkataan arab.Aku belajar benda nih masa sekolah dulu.yang mana dalam bahasa kita bermaksud menyekutukan..iaitu menduakan Allah dalam berbuat atau melakukan sesuatu benda.orang yang mengamalkan sihir ni hidup dia dah bertuhankan jin.Sebab itu mereka tidak takut untuk membunuh tanpa mereka sedar azab dan akibat yang akan mereka peroleh di akhirat kelak.
Okey ,bawah ni antara amalan2 yang aku tahu untuk elakkan sihir.

1)   Amalkan membaca Ayat Qursi dan 3 Qul sebelum tidur.kalau boleh buat adab tidur yang telah Rasulullah praktikkan dalam sunnah baginda.
2)   Biasakan berwudhuk sebelum tidur.in shaa Allah Allah akan jaga sehingga kita bangun kembali .
3)   Terkadang orang letak sihir dalam makanan atau minuman .Tahun 2014 memang pada pandangan kita,sudah terlalu moden untuk kita percaya benda2 camni..tp tak mustahil jugak kalau penyakit hasad dengki tak dibuang dalam diri.kan?? bukan semua orang boleh kita percaya.kadang orang yang rapat tu la yang MAKAN kita .
Okey,sebelum makan atau minum ,amalkan membaca “BISMILLAHIL LAZI LAA YADHURRU MAAS BIHI SYAII’UN FILL ARDHI WALA FIS SAMA’I WAHUWA SAMIUL  ADZIIM”


Sebenarnya banyak lagi cara untuk elakkan sihir tapi saya kongsi untuk kawan2 3 cara ni dulu ye .Apa-apa pun kena yakin Allah lebih berkuasa dari segala makhluk. Allahumma yassir wala tuassir..Allah lah sebaik2 penolong..

Semoga perkongsian yang tak seberapa ni mampu memberi manfaat yang baik buat kawan2 .in shaa Allah

1 comment:

  1. singgah petang sabtu ke sini..PKP perkongsian yang baik, semoga kita djauhkan dari segala keburukan.. :)

    ReplyDelete