Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
wow..tepat setahun baru novel aku ni ade sambungannya.Nampak sangat ketandusan idea di situ..hahaha..btw,lambat2 pun ,yg penting ada kan ? kan? hohoholick...so malas nak taip panjang2,jom kita mulakan sesi membaca novel yg xtau best ke tak ni..tulis just untuk suka2 ^_^ hihihi...jeng jeng jeng...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pakaian
telah siap ku lipat dan masukkan ke dalam beg.Esok tidak perlu kelam kabut
bangun awal untuk kemaskan barang kerana semuanya dah selesai malam ini.Emak
sudah berkali-kali menelefonku mengingatkan tentang makan malam di rumah Aiman
malam lusa.'Emak,emak..dah tak sabar nak dapat menantu baru agaknya'.Bisik
hatiku perlahan.Keadaan di ruang tamu sudah sunyi sepi.Eyfa sudah tidur
agaknya.
"Subhanallah
,aku mencintainya,
Subhanallah aku menyayanginya,
Dari ufuk timur hingga ke barat,
Selalu
dihatimu."
Baru
hendak terlelap,nada dering telefonku berbunyi.Aku melihat jam di dinding,sudah
menunjuk ke pukul 1.15 pagi.Tanganku terus mencapai telefon di atas meja.Nama
"Ameer" tertera di skrin telefon..'ai,lame menyepi,baru sekarang nak
call ? ' hatiku berbisik..
"Hai
sayang "usik Ameer di hujung talian.
"Aik,tak
reti nak bagi salam dah cik abang?" jawabku dengan nada perli.terdengar
gelak Ameer memecah keheningan malam.
"Assalamualaikum
cinta "usik Ameer membuatku tersenyum
"Waalaikumussalam
rindu " Balasku sengaja meniru dialog filem 7 petala Cinta.
"Ameer
pergi mane lame menyepi ? "sambungku lagi terus kepada persoalan yang ku
ingin tanya kebelakangan ini.3 minggu dia menyepi membuat aku rindu dengan
telatah nakal lelaki bermata sepet itu.
"rindu
Ameer ke?"
Aku
tersengih sendiri.Macam tau2 pula budak sorang nih aku rindu dia.
“tak
lah,aku rindu telefon ni bordering”perliku lagi.galak tawa ameer di hujung
talian.sedikit sebanyak membuat bibirku turut mengukir senyuman.
“ameer
minta maaf.Baru balik dari outstation ke Indonesia.Ada projek sikit kat
sana.Haura sihat ?”jelas ameer panjang lebar.
Aku
mengangguk walaupun Ameer bukan dihadapanku sekarang.Memang tidak dinafikan
kemahiran lelaki itu dalam bidang kejuruteraan malah sudah berapa kali
diiktiraf oleh beberapa syarikat terkemuka di dalam Malaysia.Sekarang dia mula
berjinak-jinak menembusi pasaran global.
“Alhamdulillah
,sihat.. “balasku pendek.Aku menyatakan pada Ameer yang aku tak boleh sembang
lama dengan dia malam ni.Esok aku kena bangun awal,tiket bas balik kampung yang
aku beli tepat pukul tujuh pagi agar tidak lewat sampai.Ameer memahami
permintaanku.Berita tentang perkahwinanku tetap menjadi rahsia selagi tarikh
belum ditetapkan.Aku tidak mahu jadi sesetengah orang yang terlalu menghebahkan
perkahwinan tapi akhirnya bercerai berai jugak.Bukan aku maksudkan semua tapi
Cuma mengambil langkah berjaga-jaga.Maklumlah darah manis,macam-macaam benda
boleh berlaku pesan orang tua-tua.
Selepas
selesai menunaikan solat subuh dan berdoa,aku duduk berteleku sebentar di tikar
sejadah .Telefon bimbitku berbunyi menandakan ada satu pesanan ringkas masuk.Ku
lihat di skrin telefon # 1 message
receive from Mak #
Ku
buka mesej dan baca perlahan ape yg mak tulis “Salam,Haura,nanti hati2 balik
kampung.Mak tunggu ni.Jangan tak balik lak.Dah janji dengan family Tuan Haji
Azzam nak makan malam bersama diorang.Haura. tak hampakan mak kan ? “Aku
tersenyum membaca mesej berbaur harapan dari emak.. aku menaip satu persatu
membalas mesej emak supaya resah hati dia berkurang.”wsalam..ye mak,in shaa
Allah..haura bertolak pkul tujuh nanti.Mak jangan risau ye J
“ #sent#..Allahuakbar,..semoga Allah permudahkan segalanya.doaku dalam hati.
Perjalanan
dari Kuala Lumpur ke kampung mengambil masa tiga jam perjalanan.Mata tidak
dapat lelap walau berkali-kali menguap.Fikiranku melayang memikirkan tentang
perjodohan itu.Pelbagai persoalan bermain di minda.Siapa Tuan Haji Azzam? Tak
pernah pun dengar nama itu kat kampung ..kenapa emak dan Ayah beria menerima
lamaran anak Tuan Haji itu? Takkan sebab diorang kaya kot? Tapi emak dan ayah
bukan jenis gila harta? Aku mengucap perlahan.persoalan yang terngiang di minda
ku biar tanpa jawapan.”tak apa lah,mungkin ada hikmah disebaliknya.Aku terima
dengan Redha..Aku yakin pilihan orang tuaku adalah yang terbaik.jika tunggu aku
pilih,aku tak tahu ada tak perkahwinan tu wujud dalam kamus hidup aku.
Dalam
perjalanan .tak habis-habis aku berdoa moga dipermudahkan segala
urusan.Resah,takut ..pelbagai perasaan yang ku rasa.Hanya sekadar makan malam
keluarga,kalau aku tidak ada pun tidak menjadi masalah tapi emak beria
mengajakku datang bersama.
Aku
teringat sabda Rasulullah SAW, “lihatlah perempuan itu semoga ia akan
mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua”(Riwayat Tarmizi)..Mungkin itu
tujuan mereka untuk mengajak aku bersama.”Aiman Mukhlis”bergetar hati bila nama
itu perlahan meniti dibibirku.Aneh perasaan itu,Subhanallah.
“Sayang,meh
sini duduk dekat sebelah abi.”panggil Aiman membuatkan si gadis kecil yang
sedang bermain dengan anak patung Barbie itu mendekat merapati ayahnya.Najwa
Humaira,satu-satunya puteri Aiman Mukhlis yang menjadi amanah kepadanya sejak
tiga tahun lepas setelah Ain Annisa meninggal dunia akibat pertumpahan darah
semasa melahirkan anaknya itu.Nasi bubur perisa ayam disuap ke mulut si
kecil.Sesekali si kecil itu ketawa apabila diusik Aiman Mukhlis.lesung pipit
dipipi kanan terserlah persis arwah ibunya.Rindu Aiman untuk Ain tak pernah
terpadam walaupun 3 tahun sudah arwah pergi meninggalkan dunia.Kalau tidak
disebabkan wasiat Ain,Aiman pasti tidak akan menikah lagi.
“Abang..”tersekat
suara Ain memanggil Aiman yang duduk disebelah kanan katilnya.Aiman menatap
sayu wajah isterinya.titisan jernih jatuh ke atas lengan membuatkan Ain
tersedar dari tidur.Tangan Ain digenggam erat seolah ingin berkongsi kekuatan
yg ada.Ain membalas genggaman suaminya.Tangan dan hidung masih berselirat
dengaan wayar .Pertumpahan darah akibat jatuh tangga mengakibatkan pembedahan
terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan Humaira yang ketika itu berusia lapan
bulan dalam kandungan.Bagi Ain,kelahiran Humaira adalah hadiah yang tak
ternilai dari syurga untuk dia dan Aiman walaupun Ain terpaksa kehilangan
nyawa.
“ye
sayang ? sayang dahaga ? sayang nak minum?”kelam kabut Aiman bangun untuk
mengambil cawan di atas meja namun tangannya dicapai Ain membuat Aiman menoleh
memandang wajah pucat isterinya.Ain menggeleng membuat Aiman terduduk
kembali.Sesekali Ain terbatuk.Aiman mengurut belakang Ain perlahan supaya lega
sedikit batuk itu.
“Encik
Aiman,kondisi isteri Encik agak kritikal.Hospital kami kekurangan bekalan darah
jenis O.kami terpaksa menunggu bantuan bekalan darah dari hospital
terdekat.Tapi harapan untuk mendapatkan bekalan darah itu agak tipis.Encik
Aiman.ada tak saudara terdekat yang mempunyai darah yang sama dengan jenis
darah isteri encik?Mungkin dengan cara itu isteri encik mampu diselamatkan
segera.”kata-kata Doktor Sauqi sebentar tadi terngiang-ngiang di kepala.’Ya
Allah,beratnya ujian untukku.Hasbunallah wa nikmal wakeel..permudahkan jangan
Engkau persulitkan ya Allah’ Doa Aiman berkali-kali di dalam hati.Sesekali
tangan meraup wajahnya yang agak penat setelah seharian menemani isterinya di
hospital.puan Aisyah dan Haji Azzam berkali-kali menelefon bertanya khabar
menantu.Mereka sekarang berada di mekah menunaikan ibadah haji.’Ain anak
yatim,mana lagi aku mampu cari darah sama jenis dengannya’ Airmata turun jua di
pipi putih bersih lelaki berkopiah putih itu.Pilu hatinya tak tertahan.wajah
isterinya ditatap lagi.
Tiga
hari telah berlalu,Aiman setia menemani isterinya.Bacaan Yassin tak putus-putus
membasahi bibir lelaki tu ditambah lagi dengan solat hajat memohon kepada Allah
agar diberi kesembuhan pada isteri tersayang.Keadaan Ain makin kritikal.sesekali
batuk keluar darah membuat Ain menjadi semakin lemah.
“Abang,nanti
kalau Ain tak ada,abang carikan Ummi baru untuk Humaira ya “Ain bersuara sebaik
sahaja dia terjaga dari tidur.Aiman yang khusyuk membaca yassin terhenti
seketika.Mata isteri dipandang mencari pengertian.Wajah yang pucat itu hanya
tersenyum.
“Sayang,dah
,jngan cakap bukan-bukan ya,in shaa Allah sayang akan sembuh nanti.kita doa
sama-sama.ummi dan Abah pun turut mendoakan kesembuhan sayang.Abang taknak cari
orang lain.Cukuplah sayang sorang bidadari abang di syurga nanti.”Dahi
isterinya dikucup perlahan.”Sayang harus kuat..untuk abang,untuk puteri kita
,Humaira”sambung Aiman lagi.
“Tapi
abang,Humaira perlukan seorang ibu.Abang perlukan seorang isteri.Ain nak ada
orang yang jaga abang kalau Ain dah tak ada nanti.baru hati Ain tenang
tinggalkan abang dan Humaira”Aiman hanya terdiam mendengar kata-kata isterinya.Dibiarkan
saja permintaan Ain tanpa sebarang jawapan.berkali-kali tangan isterinya itu
dikucup.Sebak di dada tak tertahan melihat derita yang ditanggung oleh isteri
tercinta .Najwa Humaira,bayi mereka masih ditempatkan dibilik khas kerana
dilahirkan tidak cukup bulan.
Tepat
jam 3 pagi,Ain telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.Airmata Aiman
mengalir deras menangisi pemergian isteri tersayang.Puan Aishah dan Haji Azzam
yg kebetulan baru sampai dr tanah suci Mekah terus bergegas menuju ke Hospital
Serdang dimana arwah Ain berada.”isteriku,semoga sayang tenang di sana” doa
Aiman sebaik saja selesai majlis pengebumian pagi itu.
“Aiman,jauh
termenung?”teguran Puan Aisyah mematikan lamunan Aiman.
“ehh,xdela
ummi”jawab aiman menyembunyikan rasa.airmata yang bertakung ditubir mata diseka
perlahan.’Allah.lemahnya hambaMu ini’
“Aiman,esok
tak kerja kan? Jangan lupa teman ummi pergi pasar ya.Nak beli barang
sikit.ohye,Aiman tak lupa kan esok kita ada makan malam dengan family haura?”
“Ya
Ummi.Aiman tak lupa.”Aiman mengangguk perlahan.humaira sudah berada di atas
pangkuannya.Pipi sikecil itu dikucup berkali-kali.
Bab 2
Haura membelek-belek
baju dalam almari .Tiada yang menarik perhatian.Satu-persatu dicuba,ada yang
pendek,ada yang singkat,ada juga yang tidak muat.’menyesal pula tak bawa jubah
balik.’keluh haura perlahan.Langsung dia lupa bahawa di dalam almari itu
semuanya baju-baju lama semasa dia masih di zaman persekolahan.Sekarang umurnya
sudah menjangkau 25 tahun.Baju-baju yang baru masih banyak di rumah sewa.Tiba-tiba
pintu diketuk seseorang.Emak muncul dari pintu.Di tangannya sebuah beg kertas
dihulurkan padaku.
“apa ni mak? “Aku
mengambil beg dari tangan emak.sehelai jubah hitam bersulam menarik
perhatianku.’cantik’puji hatiku.Aku memandang emak dengan persoalan yg memerlukan
jawapan.
“puan Aisyah bagi kat
Haura.Try la pakai “beritahu emak,faham dengan persoalan yang bermain
difikiranku.
Aku membelek-belek jubah ditanganku.Cantik sangat dengan
sulaman tangan berwarna keemasan.Telefonku berbunyi nyaring menandakan ada panggilan
masuk.
“Assalamualaikum akak.”kedengaran suara Hayanie dihujung
talian sebaik saja butang jawab ku tekan.
“waalaikumussalam.Ya Yan? “
“Akak kat kampung ke? Tadi yan pergi kedai nak jumpa
akak,tapi Eyfa bagitahu akak balik kampung hari ni.”
“Ya yan.akak ada hal sikit kat kampung.kenapa ya cari akak ?
sihat tak ni? Lamenye tak jumpa Yan.”Rindu dia dengan adik angkat yang seorang
tu merangkap kawan sekelas semasa di kolej dulu.
“Tak ada apa-apa kak.Rindu
! “tergelak kecil gadis comel itu dihujung talian.Haura turut sama tersenyum
seolah Hayanie ada di depannya sekarang