Saturday 11 October 2014

Nak cepat KAYA tak ?/

 
Alhamdulillah..bertemu kembali ..cewahhh..hihihi..memandangkan ade sedikit masa free ni,teringin nak update satu entry pasal tips CEPAT KAYA .Haaa...guane tu? sebelum tuh nak cite macam mana idea nih boleh tercetus ? sebenarnye lama dah nak update pasal benda nih tapi tak berkesempatan.
 
Ceritanye macam ni,hari tu ada pergi kenduri kat umah sedara,kenduri sempena Raya Korban.Dah nama pun raya korban kan,ramai yang buat kenduri sedekah lembu yg telah berjaya DIKORBANKAN.termasuklah "sedara" nih.nak dijadikan cerita ,masuklah kami 1 family sepupu sepapat ke dalam rumah diorang nak makan kenduri kan.tak elok pulak kalau orang dah jemput tapi tak datang.ye tak ?? tapiiiii....
 
ehem3 ..tapi ape ? haa ni yang nak cerita..sampai2 kami kat rumah tu,diorang kira siap2 jumlah kami yang dtg.Aik,macam tu pun ada ??? kalau dah niat nak sedekah kenapa perlu berkira nak bagi makanan ? apa pendapat korang ?? emm..pelik bin ajaib sungguh.Kami pandang satu sama lain.Masing2 senyap.Agak terasa la ssebab diorang buat camtu.
 lepas dah kira,ada yang tak dapat makanan,sampai ke sudah diorang tak bagi.sampai betul hati diorang kan ? tapi tape laa..kitorang kongsi je.
 
kat sini bukan nak cerita pasal tak dapat makanan ke apa ,tapi tercetus satu persoalan.IKHLAS ke nak bagi sedekah kalau dah sampai berkira macam tuh ?? memang tak dinafikan kita tak boleh nak judge niat orang,tapi kalau dah terang2 buat macam tu,semua orang tak terlepas dari mengeluarkan pandangan masing2.

Aik,mane tips cepat kaya nye? banyak sembang pulak kan ? hihi..cerita kat atas bukan saja2 tapi nak cerita apa hikmahnya sedekah .SEDEKAH BOLEH KAYA KE?? boleh !! sape cakap tak sah2 tak baca quran..hihihi ..dalam AlQuran sendir ade menceritakan tentang sedekah nih.

“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”
 
haaa..dah terbukti kan ? kenapa takut nak sedekah ?takut harta habis ke? Allah telah menjanjikan rezeki yg berlipiat ganda untuk orang yang rajin bersedekah. in shaa Allah.
tak kisah lah sedekah ape benda sekalipun,wang,pakaian,makanan,senyuman pun dikira sedekah.kalau tiap hari muka muncung xnak senyum,orang pun tak suka.betul tak ??
 
Ada situasi bila tengah makan kat kedai,sekumpulan kanak2 datang bawak tabung mintak derma.katanya dari mana2 sekolah agama.kita jadi takut nak bagi derma,konon2 ada penipu,ada dalang yang mengupah budak2 nih .bila difikirkan balik,apa yang nak kita takutkan.Allah tak tengok apa yang kita derma,allah tengok apa niat kita benar2 ikhlas atau tak.Allah hadirkan orang2 macam tu untuk uji kite .kadang kucing pun boleh jadi syabab untuk kita bersedekah.mesti penah alami kan bila tengah makan ada kucing dok gesel2 kaki ? hihihi
 Tak rugi pun sedekah,orang sayang,Allah pun sayang,pahala dapat,iman pun bertambah.in shaa Allah.emm,setakat tu je kot perkongsian untuk hari nih..Kalau ade salah silap harap perbetulkan ye.Saya cuma menyuarakan rasa hati :) ihihihi
nak belanja gambar..ahaha..ni bukan anak tau..tapi kira anak sedara sebab adik punya anak..hahaha..nakal kemainn dia nihh ..name dia MOHD SYZWANSHAH HAFIZULLAH.
 

No comments:

Post a Comment