Sunday 22 November 2015

Bukit dan Harapan




 
 
 
 
Assalamualaikum w.b.t. ehemm..berhabuk dah blog den :D
Hari nih 22 /11/2015 ..tahla,tetiba tergerak hati nak menconteng kembali blog hamba yang tak seberapa nih.Nak berkongsi sedikit rasa dan gambaran tentang kehidupan sejak 2 menjak nih terlalu berliku dirasa.Chewahhh ayat dia !! Hahaha
Malas nak cakap panjang,terus kepada point utama “Bukit dan Harapan “
Apa kaitannya? Ada kaitannya yang harinih hamba nak ungkap mengikut persepsi hamba sendiri.Ehhhhh ! kenapa dok bahasakan diri hamba? Hemm terasa diri nih kerdil sebenarnya berbanding nikmat Allah kat dunia nih .berbalik kepada cerita bukit tadi.
Bukit seperti yang kita tahu..kita nampak..sesuatu kawasan tanah tinggi ,ada pokok2 kat situ.so harapan ? harapan nih macam bukit laa..tinggi sangat.Selalu dikaitkan harapan manusia setinggi gunung tapi bg hamba ,bukit tu pun dah terlalu tinggi.
Harapan manusia kadang tak terbatas.Adakalanya mampu digapai ,namun adakalanya dek kerana harapan yang terlalu tinggi tu la kita jatuh dan sakit.Macam naik bukit ,sebelum naik mesti kena bekal atau bawak barang2 safety kan? Contohnya tali ,torchlight ke..papeje la yang berkaitan.Same juga macam harapan..mengharapkan sesuatu tanpa ada Doa,tawakal dan usaha..sama macam naik bukit tangan kosong.
Haaa…disinilah bermulanya kisah pedih ,duka kehidupan seseorang apabila kehilangan harapan.Sakitnya tak sama macam kita jatuh time kecik2,boleh rawat.paling tidak pun tinggal parut.Tapi bila dah dewasa nih,sakit dia len macam..tuh menusuk terus ke hati.

Cuma nak pesan kat sini la,pada kawan2 hamba kat luar sana,tak salah mengharap ,namun ajarlah hati untuk redha pada setiap ketentuan.Apa yang kita paling harap tu laa yang akan Allah uji nanti .banyakkan berdoa ,mohon yang baik2 saja,belajar mensyukuri apa yang telah kita miliki..in shaa Allah kalau kita bersyukur..melimpah2 rahmat yang Allah beri ^_^

       ~Wassalam …