Tinggal lagi 3 bulan
majlis perkahwinan aku akan berlangsung.Terasa seolah waktu berlalu
terlalu pantas. ‘Bersediakah aku menjadi seorang isteri ? ‘ bisik hatiku
gundah.Persiapan perkahwinan sudah 70 peratus siap.Itupun keluarga bakal
suamiku yang membantu terutamanya persediaan dari segi catering,sewa dewan
,termasuk mekap dan hiasan pelamin.Soal
hantaran pula Nazrin kata serahkan pada dia.Tugas aku hanya menemani dia
membeli kelengkapan perkahwinan kami nanti.Semua kos perbelanjaan disponsor oleh Nazrin dan keluarganya.Aku ?
belum berkahwin lagi sudah memegang title surirumah sepenuh masa.Belum sempat
aku melamar pekerjaan,jodoh terlebih dahulu melamarku.Aku terima dengan hati
terbuka,semoga ada hikmah sebaliknya.
Muhd Nazrin Shahz,lelaki yang telah menjadi encik tunangku
tiga bulan lepas.Kenal hampir tiga tahun,namun
hanya berhubung melalui laman social facebook.Tidak terlintas langsung
di hati bahawa dialah bakal jodohku suatu hari nanti.
“Adreanna !” sapa
Rannia mengejutkan aku lantas mematikan lamunan.
“nengong gapo deh?? “
sambungnya lagi.Mungkin pelik kerana dari tadi aku diam tak berkutik.Sudah
seminggu Rania berkunjung ke rumahku.Bercuti katanya dan in shaa Allah esok
akan balik ke Kelantan semula.Aku menggeleng kepala.
“Nothing dear,Sedih Nia nak balik dah esok,”Aku memeluk
lengan Rannia.
“Ala,next three month Nia datang balik.Tak sabar nak tengok
sayang Nia jadi pengantin.Lama dah tunggu tau.”Rania tergelak kecil ,seronok
menyakat aku.Menjerit kecil gadis kecil molek itu apabila cubitanku singgah di
lengannya.
“Nia je la kahwin,Reanna bagi abang Nazrin kat Nia.Nak ? tak
pun kita kongsi .” Aku menyakat dia kembali.Rannia mencebik muka.
“Amboi,senang je nak passing orang kat kita ye.Mek,mu ingat
abg Nazrin tu bola pingpong ke? “ Aku tergelak besar mendengar omelan Rannia.
ZahratulRania,gadis kecil molek yang berasal dari
Kelantan.Belum sampai setahun mengenalinya namun hubungan kami sudah akrab
seolah bertahun lama kenal.Dialah kawan,dialah kakak tempat aku berkongsi
segala cerita.Menangis,ketawa bersama.
‘Eh,dah macam lirik lagu pula.’ Bisik hatiku perlahan.
Runtuhkan tembok China
Buat kita terpisah
Pedulikan semuanya
Aku milikmu
Jendera, dipelukkan
Di mata, selalu
Masa perlahan berputar
Bila nanti kita bersatu
Sabar menantikan aku
Akan tiba kita berdua
Entah bila kapal musnah
Belah samudera
Jendera, dipelukkan
Di mata, selalu
Masa perlahan berputar
Bila nanti kita bersatu
Sabar menantikan aku
Akan tiba kita berdua
Masa perlahan berputar
Bila nanti kita bersatu
Sabar menantikan aku
Akan tiba kita berdua
Dendangan lagu romeo dari
stacy berkumandang di radio hot fm.ku teliti satu persatu lirik yang ku
dengar.Memang amat berkait dengan perasaanku tika ini.Rania telah lama terlelap
disebelahku.Telefon bimbit diatas meja ku capai.Peti mesej yang ku terima pagi
tadi aku baca kembali.Mesej dari nombor yang tidak dikenali namun melalui ayat
yang terkandung di dalam mesej tersebut aku yakin pengirimnya adalah perempuan
,perempuan yang pernah bertakhta di hati abang Nazrin suatu masa dulu.Dari mana
dia mendapatkan nombor telefon aku pun tidak pasti.
“Saya masih perlukan Abg
Nazrin” ringkas namun bisa meributkan hati yang damai.Perlahan airmataku
mengalir menuruni pipi.Kenapa? kenapa saat ini dia hadir kembali? Aku cuba
mendail nombor yang terpapar di skrin telefon ,namun gagal dihubungi.
Benar kata orang,tempoh
pertunangan adalah tempoh ujian bagi pasangan sebelum melangkah ke alam
perkahwinan.Lebih-lebih lagi Nazrin sekarang ini agak sibuk dengan
kerjanya.Banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum cuti panjang.Jauh
disudut hati ,kehadiran mesej yang tidak diduga itu mencuri ketenangan
hatiku.Aku beristighfar seketika.
Di saat aku cuba melelapkan
mata,telefon bimbitku berbunyi menandakan ada panggilan masuk.Telefon bimbit
yang aku letakkan kembali di atas meja tadi dicapai semula.
:: Abang Senyum Calling… ::
Tertera nama Abang Nazrin
yang aku panggil sebagai Abang senyum di skrin telefon.Sengaja aku simpan
dengan nama itu supaya aku tidak lupa dengan senyuman yang membuat aku jatuh
cinta pada kali pertama pertemuan kami iaitu pada hari kami ditunangkan.
“Assalamualaikum
sayang.”ucap abg Nazrin sebaik sahaja butang jawab ku tekan.
“waalaikumussalam abang.”
Jawabku ringkas
“Reanna sihat ? abg minta
maaf.Kebelakangan ni agak sibuk dengan kerja sampai tak sempat hubungi Reanna.”
“Tak mengapa.In shaa Allah
saya faham.”Aku tersenyum seolah Nazrin di depan mata.sesekala mataku melirik
kearah Rania bimbang dia terganggu tidurnya gara2x aku yang bergayut di
telefon..
“Abang tak boleh sembang
lama,kejap lagi ade operasi.Reanna jaga diri ya.Sebelum abang terlupa,abang dah
bagitahu ummi supaya temankan Reanna ambil cincin nikah hujung minggu ni.Nanti
cuba cincin tu ya.Kalau tak berkenan bagitahu abang,nanti boleh tukar .”
“In shaa Allah abg.Cantik di
mata abang,cantik juga dimata Reanna.”Selesai sahaja mengucap salam,telefon
kumatikan.Berkenaan cincin,aku meminta Nazrin untuk memilih sendiri walaupun
setelah puas dia memujukku untuk memilih cincin yang aku berkenan.Namun jika
aku yang memilih,aku tetap memilih cincin yang sama kerana mataku sudah
tertarik dengan cincin itu sejak mula masuk kedai lagi.Citarasa kami sama.bisik
hatiku
Pagi pagi lagi aku sudah
bangun,solat subuh dan menyediakan sarapan.Sebentar lagi van tambang yang akan
menghantar Rania ke airport akan sampai.Jarak perjalanan dari rumahku ke
airport mengambil masa sekurangnya tiga jam.
.Selesai sarapan ,kami
sekeluarga menghantar Rania ke depan rumah kerana van tambang sudah
menunggu.Aku peluk Rania erat ,rasa berat hati untuk melepaskan dia
pergi.Sahabat yang sudah kuanggap seperti kakak sendiri.
“Nanti sampai Kelantan,Kirim
salam kat umi ye.Jaga diri elok2.Dah sampai call Reanna ok .”ucapku dengan
suara bergetar menahan sebak.
“ye sayang.Dont worry !
nanti Nia call .” jawab Rania,menenangkan aku..
Selesai sahaja makan,aku
mengangkat pinggan kotor ke sinki.Adik-adikku telah berlalu ke ruang tamu untuk
menonton televisyen.Emak turut membantuku.Ayah pula tidak makan tengah
hari di rumah hari ini kerana membaiki
surau di kampung lain.
“Reanna,Nazrin ada call ?
lama dah mak tengok Reanna tak bersembang dengan dia melalui telefon.”Emak
bersuara memecah kesunyian.yelah,khusyuk sangat aku mencuci pinggan mangkuk
seolah tidak menyedari kewujudan emak di sisi.Aku menoleh ke arah emak seketika
yang sedang menuang air masak ke dalam teko untuk dimasukkan ke dalam peti ais.
“Ada mak.Malam tadi dia call
kejap.Bulan ini dia agak sibuk dengan operasi.”jawabku pendek.Terasa macam ada
sesuatu yang emak ingin tanya kepadaku.Mungkin tentang majlis perkahwinan aku
yang tinggal lagi 3 bulan.Ye lah,kalau pasangan lain,mungkin sudah kelam kabut
bila mengetahui tarikh perkahwinan semakin dekat.Tapi aku,selamba macam tiada
apa2 yang hendak aku risaukan.
“kenapa mak ? Mak rindu
abang Naz ke? “ Sengaja aku menyakat emak.Ingin melihat reaksinya.
“Ish,budak nih !” Emak
menepuk lenganku kuat.Aku menjerit perlahan.Haa..Padan muka kau Reanna.kan dah
kena tepukan maut dari emak.Aku terkekek menahan gelihati.
“Bukan apa,mak tengok Reanna
macam tak buat apa2 persediaan pun.Mak ingat
nak keluarkan sikit duit Asb untuk majlis Reanna nanti.” Fuhh! Tembakan
ku mengena.Apa yang aku jangka sebentar td memang betul.Emak risaukan tentang
majlis perkahwinanku.Kami berdua duduk kembali di meja makan.Terasa dahaga
dengan cuaca panas di luar dan bertambah2 dahaga apabila majlis perkahwinanku
menjadi topik perbincangan,Air kosong di dalam gelas ku teguk perlahan.
“Mak,Anna ingat nak kerja la
.”perkara ini telah lama aku fikirkan Cuma kelu lidah untuk ku sampaikan kepada
emak.Kali ini aku tekad,Biarlah duit simpanan emak itu digunakan untuk
perbelanjaan sekolah adik2 nanti.Emak memandang ke arahku.Lama dia
terdiam.Mungkin memikirkan tentang hasratku itu.Di ruang tamu kedengaran riuh
suara adik bergelak ketawa.Mungkin ada rancangan lucu yang sedang mereka
tonton.Pada musim cuti sekolah ini saja lah masa terluang untuk kami sekeluarga
berkumpul beramai2.
“ Nak kerja kat mana ?”
“Pekan kot” pendek
jawapanku.Perkataan kot di hujung ayat membuat kan emak mengerut dahi.Tampak
raut risau diwajahnya.
“Dengan siapa? Duduk mana?
Kerja apa? Dah bagitau Nazrin ?Dia bagi tak ? “Zassssss ! berdas soalan keluar
dari mulut emak.Semuanya tiada jawapan yang pasti .Lain kali nak cakap tu fikir
dulu.Aku mengomel di dalam hati seolah mengutuk kelancangan mulut sendiri.Tapi
aku musykil kenapa perlu minta izin abang Naz pula?Belum jadi suami aku.
“Bukan minta izin ,just
inform dia bak kata org putih.”Sambung emak lagi apabila melihat aku hanya
diam.Hai,speaking London pula mak aku ni ! Macam tau2 je anak dia tengah fikir
apa.
“Belum lagi mak.Malam tadi tak sempat nak beritahu dia.Hujung minggu
ni Umi datang rumah jemput Reanna.Ambil cincin nikah yg dah tempah haritu.’”
Jelasku panjang lebar.Emak hanya
mengangguk.
“Mak bukan apa,risaukan kamu
ni.3 bulan bukan lama.pejam celik pejam celik dah sampai hari majlis .Mak tak
nak kamu kerja kalau ikutkan hati.Lepas nikah terpulanglah kamu nak kerja atau
tak,tapi yg penting minta izin suami dulu.” Aku terdiam mendengar kata berunsur nasihat dari emak.Air kosong di
dalam gelas diteguk lagi untuk sekian kali.
‘Makkkkk,Reanna nak tunda
majlis ! ‘ kata2 itu hanya tersekat di kerongkong.Tidak sanggup untuk aku
luahkan apa yang aku rasa sekarang ini.Malu sebenarnya apabila aku memikirkan
100% urusan majlis terbeban di pihak lelaki.Jauh disudut hati aku ingin membantu sama walaupun
sedikit.
“Reanna,dengar tak apa mak
cakap tadi ? ishh ! termenung pula budak nih.”Emak mula membebel apabila aku
hanya mendiamkan diri tanpa memberi
sebarang respon.
“ye mak .In shaa
Allah.”jawabku pendek.
“setuju tak cadangan Mak
mula2 tadi ? “ Ah sudah.Terpinga pinga
aku .terlupa seketika tentang perbincangan sebentar tadi.Kepala yang tidak
gatal ku garu cuba mengingat kembali.Emak menggeleng kepala.Tersengih aku menutup
kelalaian diri .Reannaaa focus PLEASE !!!
Jam menunjuk ke angka 11
malam.Aku mengerling seketika ke arah telefon bimbit di atas meja.Masih belum
ada sebarang panggilan ku terima dari Rannia.Mungkin dia letih sampai terlupa
menelefon aku.Abg Naz? Pun sama.Tiada khabar berita hari ini.Sms tiada,call
apatah lagi.Rindu aku dengan Encik Tunangku itu.
Novel diatas meja kucapai.
‘suami aku ustaz’ watak hero dalam novel itu persis abang Nazrin,Cuma bezanya
dia bukan ustaz.Tak mengapa kalau bukan ustaz sekalipun yang penting dia
menitikberatkan soal agama dalam kehidupan.Lagipun layak ke aku nak bersuamikan
ustaz.Itu hanyalah impianku suatu masa dahulu.Dalam novel itu watak hero
bernama ustaz Hafiz yang telah mengahwini adik sepupunya Alisa.perbezaan umur
mereka lapan tahun sama seperti aku yang muda lapan tahun dari abg
Nazrin,hemm..Lebih kurang begitulah sifat abg Nazrin yang mampu aku gambarkan.Hai
Adreanna,berangan !
Aku mencapai telefon bimbit
sebaik saja bunyi isyarat mesej masuk kedengaran.
#6017566xxxx
~ I miss you Sayang
Lama aku merenung ke arah
mesej yang terpapar pada skrin telefon bimbitnya.Sesekali dahi dikerut cuba
mengingat kembali nombor yang tiba-tiba menghantar mesej tengah malam begini.Rannia
yang ditunggu namun mesej dari orang lain yang aku dapat.Dari semalam lagi
dapat mesej dari unknown,hari ini dapat lagi..hidup memang sesuatu yang
misteri.Aku mengeluh perlahan.