Sunday 1 June 2014

KALAM RINDU 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


wow..tepat setahun baru novel aku ni ade sambungannya.Nampak sangat ketandusan idea di situ..hahaha..btw,lambat2 pun ,yg penting ada kan ? kan? hohoholick...so malas nak taip panjang2,jom kita mulakan sesi membaca novel yg xtau best ke tak ni..tulis just untuk suka2 ^_^ hihihi...jeng jeng jeng...



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pakaian telah siap ku lipat dan masukkan ke dalam beg.Esok tidak perlu kelam kabut bangun awal untuk kemaskan barang kerana semuanya dah selesai malam ini.Emak sudah berkali-kali menelefonku mengingatkan tentang makan malam di rumah Aiman malam lusa.'Emak,emak..dah tak sabar nak dapat menantu baru agaknya'.Bisik hatiku perlahan.Keadaan di ruang tamu sudah sunyi sepi.Eyfa sudah tidur agaknya.







"Subhanallah ,aku mencintainya,

 Subhanallah aku menyayanginya,

 Dari ufuk timur hingga ke barat,

Selalu dihatimu."



Baru hendak terlelap,nada dering telefonku berbunyi.Aku melihat jam di dinding,sudah menunjuk ke pukul 1.15 pagi.Tanganku terus mencapai telefon di atas meja.Nama "Ameer" tertera di skrin telefon..'ai,lame menyepi,baru sekarang nak call ? ' hatiku berbisik..





"Hai sayang "usik Ameer di hujung talian.

"Aik,tak reti nak bagi salam dah cik abang?" jawabku dengan nada perli.terdengar gelak Ameer memecah keheningan malam.

"Assalamualaikum cinta "usik Ameer membuatku tersenyum

"Waalaikumussalam rindu " Balasku sengaja meniru dialog filem 7 petala Cinta.

"Ameer pergi mane lame menyepi ? "sambungku lagi terus kepada persoalan yang ku ingin tanya kebelakangan ini.3 minggu dia menyepi membuat aku rindu dengan telatah nakal lelaki bermata sepet itu.

"rindu Ameer ke?"

Aku tersengih sendiri.Macam tau2 pula budak sorang nih aku rindu dia.

“tak lah,aku rindu telefon ni bordering”perliku lagi.galak tawa ameer di hujung talian.sedikit sebanyak membuat bibirku turut mengukir senyuman.

“ameer minta maaf.Baru balik dari outstation ke Indonesia.Ada projek sikit kat sana.Haura sihat ?”jelas ameer panjang lebar.

Aku mengangguk walaupun Ameer bukan dihadapanku sekarang.Memang tidak dinafikan kemahiran lelaki itu dalam bidang kejuruteraan malah sudah berapa kali diiktiraf oleh beberapa syarikat terkemuka di dalam Malaysia.Sekarang dia mula berjinak-jinak menembusi pasaran global.



“Alhamdulillah ,sihat.. “balasku pendek.Aku menyatakan pada Ameer yang aku tak boleh sembang lama dengan dia malam ni.Esok aku kena bangun awal,tiket bas balik kampung yang aku beli tepat pukul tujuh pagi agar tidak lewat sampai.Ameer memahami permintaanku.Berita tentang perkahwinanku tetap menjadi rahsia selagi tarikh belum ditetapkan.Aku tidak mahu jadi sesetengah orang yang terlalu menghebahkan perkahwinan tapi akhirnya bercerai berai jugak.Bukan aku maksudkan semua tapi Cuma mengambil langkah berjaga-jaga.Maklumlah darah manis,macam-macaam benda boleh berlaku pesan orang tua-tua.



Selepas selesai menunaikan solat subuh dan berdoa,aku duduk berteleku sebentar di tikar sejadah .Telefon bimbitku berbunyi menandakan ada satu pesanan ringkas masuk.Ku lihat di skrin telefon  # 1 message receive from Mak #



Ku buka mesej dan baca perlahan ape yg mak tulis “Salam,Haura,nanti hati2 balik kampung.Mak tunggu ni.Jangan tak balik lak.Dah janji dengan family Tuan Haji Azzam nak makan malam bersama diorang.Haura. tak hampakan mak kan ? “Aku tersenyum membaca mesej berbaur harapan dari emak.. aku menaip satu persatu membalas mesej emak supaya resah hati dia berkurang.”wsalam..ye mak,in shaa Allah..haura bertolak pkul tujuh nanti.Mak jangan risau ye J “ #sent#..Allahuakbar,..semoga Allah permudahkan segalanya.doaku dalam hati.



Perjalanan dari Kuala Lumpur ke kampung mengambil masa tiga jam perjalanan.Mata tidak dapat lelap walau berkali-kali menguap.Fikiranku melayang memikirkan tentang perjodohan itu.Pelbagai persoalan bermain di minda.Siapa Tuan Haji Azzam? Tak pernah pun dengar nama itu kat kampung ..kenapa emak dan Ayah beria menerima lamaran anak Tuan Haji itu? Takkan sebab diorang kaya kot? Tapi emak dan ayah bukan jenis gila harta? Aku mengucap perlahan.persoalan yang terngiang di minda ku biar tanpa jawapan.”tak apa lah,mungkin ada hikmah disebaliknya.Aku terima dengan Redha..Aku yakin pilihan orang tuaku adalah yang terbaik.jika tunggu aku pilih,aku tak tahu ada tak perkahwinan tu wujud dalam kamus hidup aku.





Dalam perjalanan .tak habis-habis aku berdoa moga dipermudahkan segala urusan.Resah,takut ..pelbagai perasaan yang ku rasa.Hanya sekadar makan malam keluarga,kalau aku tidak ada pun tidak menjadi masalah tapi emak beria mengajakku datang bersama.



Aku teringat sabda Rasulullah SAW, “lihatlah perempuan itu semoga ia akan mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua”(Riwayat Tarmizi)..Mungkin itu tujuan mereka untuk mengajak aku bersama.”Aiman Mukhlis”bergetar hati bila nama itu perlahan meniti dibibirku.Aneh perasaan itu,Subhanallah.



“Sayang,meh sini duduk dekat sebelah abi.”panggil Aiman membuatkan si gadis kecil yang sedang bermain dengan anak patung Barbie itu mendekat merapati ayahnya.Najwa Humaira,satu-satunya puteri Aiman Mukhlis yang menjadi amanah kepadanya sejak tiga tahun lepas setelah Ain Annisa meninggal dunia akibat pertumpahan darah semasa melahirkan anaknya itu.Nasi bubur perisa ayam disuap ke mulut si kecil.Sesekali si kecil itu ketawa apabila diusik Aiman Mukhlis.lesung pipit dipipi kanan terserlah persis arwah ibunya.Rindu Aiman untuk Ain tak pernah terpadam walaupun 3 tahun sudah arwah pergi meninggalkan dunia.Kalau tidak disebabkan wasiat Ain,Aiman pasti tidak akan menikah lagi.



“Abang..”tersekat suara Ain memanggil Aiman yang duduk disebelah kanan katilnya.Aiman menatap sayu wajah isterinya.titisan jernih jatuh ke atas lengan membuatkan Ain tersedar dari tidur.Tangan Ain digenggam erat seolah ingin berkongsi kekuatan yg ada.Ain membalas genggaman suaminya.Tangan dan hidung masih berselirat dengaan wayar .Pertumpahan darah akibat jatuh tangga mengakibatkan pembedahan terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan Humaira yang ketika itu berusia lapan bulan dalam kandungan.Bagi Ain,kelahiran Humaira adalah hadiah yang tak ternilai dari syurga untuk dia dan Aiman walaupun Ain terpaksa kehilangan nyawa.



“ye sayang ? sayang dahaga ? sayang nak minum?”kelam kabut Aiman bangun untuk mengambil cawan di atas meja namun tangannya dicapai Ain membuat Aiman menoleh memandang wajah pucat isterinya.Ain menggeleng membuat Aiman terduduk kembali.Sesekali Ain terbatuk.Aiman mengurut belakang Ain perlahan supaya lega sedikit batuk itu.



“Encik Aiman,kondisi isteri Encik agak kritikal.Hospital kami kekurangan bekalan darah jenis O.kami terpaksa menunggu bantuan bekalan darah dari hospital terdekat.Tapi harapan untuk mendapatkan bekalan darah itu agak tipis.Encik Aiman.ada tak saudara terdekat yang mempunyai darah yang sama dengan jenis darah isteri encik?Mungkin dengan cara itu isteri encik mampu diselamatkan segera.”kata-kata Doktor Sauqi sebentar tadi terngiang-ngiang di kepala.’Ya Allah,beratnya ujian untukku.Hasbunallah wa nikmal wakeel..permudahkan jangan Engkau persulitkan ya Allah’ Doa Aiman berkali-kali di dalam hati.Sesekali tangan meraup wajahnya yang agak penat setelah seharian menemani isterinya di hospital.puan Aisyah dan Haji Azzam berkali-kali menelefon bertanya khabar menantu.Mereka sekarang berada di mekah menunaikan ibadah haji.’Ain anak yatim,mana lagi aku mampu cari darah sama jenis dengannya’ Airmata turun jua di pipi putih bersih lelaki berkopiah putih itu.Pilu hatinya tak tertahan.wajah isterinya ditatap lagi.



Tiga hari telah berlalu,Aiman setia menemani isterinya.Bacaan Yassin tak putus-putus membasahi bibir lelaki tu ditambah lagi dengan solat hajat memohon kepada Allah agar diberi kesembuhan pada isteri tersayang.Keadaan Ain makin kritikal.sesekali batuk keluar darah membuat Ain menjadi semakin lemah.



“Abang,nanti kalau Ain tak ada,abang carikan Ummi baru untuk Humaira ya “Ain bersuara sebaik sahaja dia terjaga dari tidur.Aiman yang khusyuk membaca yassin terhenti seketika.Mata isteri dipandang mencari pengertian.Wajah yang pucat itu hanya tersenyum.



“Sayang,dah ,jngan cakap bukan-bukan ya,in shaa Allah sayang akan sembuh nanti.kita doa sama-sama.ummi dan Abah pun turut mendoakan kesembuhan sayang.Abang taknak cari orang lain.Cukuplah sayang sorang bidadari abang di syurga nanti.”Dahi isterinya dikucup perlahan.”Sayang harus kuat..untuk abang,untuk puteri kita ,Humaira”sambung Aiman lagi.



“Tapi abang,Humaira perlukan seorang ibu.Abang perlukan seorang isteri.Ain nak ada orang yang jaga abang kalau Ain dah tak ada nanti.baru hati Ain tenang tinggalkan abang dan Humaira”Aiman hanya terdiam mendengar kata-kata isterinya.Dibiarkan saja permintaan Ain tanpa sebarang jawapan.berkali-kali tangan isterinya itu dikucup.Sebak di dada tak tertahan melihat derita yang ditanggung oleh isteri tercinta .Najwa Humaira,bayi mereka masih ditempatkan dibilik khas kerana dilahirkan tidak cukup bulan.



Tepat jam 3 pagi,Ain telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.Airmata Aiman mengalir deras menangisi pemergian isteri tersayang.Puan Aishah dan Haji Azzam yg kebetulan baru sampai dr tanah suci Mekah terus bergegas menuju ke Hospital Serdang dimana arwah Ain berada.”isteriku,semoga sayang tenang di sana” doa Aiman sebaik saja selesai majlis pengebumian pagi itu.



“Aiman,jauh termenung?”teguran Puan Aisyah mematikan lamunan Aiman.

“ehh,xdela ummi”jawab aiman menyembunyikan rasa.airmata yang bertakung ditubir mata diseka perlahan.’Allah.lemahnya hambaMu ini’

“Aiman,esok tak kerja kan? Jangan lupa teman ummi pergi pasar ya.Nak beli barang sikit.ohye,Aiman tak lupa kan esok kita ada makan malam dengan family haura?”

“Ya Ummi.Aiman tak lupa.”Aiman mengangguk perlahan.humaira sudah berada di atas pangkuannya.Pipi sikecil itu dikucup berkali-kali.




Bab 2



Haura membelek-belek baju dalam almari .Tiada yang menarik perhatian.Satu-persatu dicuba,ada yang pendek,ada yang singkat,ada juga yang tidak muat.’menyesal pula tak bawa jubah balik.’keluh haura perlahan.Langsung dia lupa bahawa di dalam almari itu semuanya baju-baju lama semasa dia masih di zaman persekolahan.Sekarang umurnya sudah menjangkau 25 tahun.Baju-baju yang baru masih banyak di rumah sewa.Tiba-tiba pintu diketuk seseorang.Emak muncul dari pintu.Di tangannya sebuah beg kertas dihulurkan padaku.

“apa ni mak? “Aku mengambil beg dari tangan emak.sehelai jubah hitam bersulam menarik perhatianku.’cantik’puji hatiku.Aku memandang emak dengan persoalan yg memerlukan jawapan.

“puan Aisyah bagi kat Haura.Try la pakai “beritahu emak,faham dengan persoalan yang bermain difikiranku.



Aku membelek-belek jubah ditanganku.Cantik sangat dengan sulaman tangan berwarna keemasan.Telefonku berbunyi nyaring menandakan ada panggilan masuk.



“Assalamualaikum akak.”kedengaran suara Hayanie dihujung talian sebaik saja butang jawab ku tekan.

“waalaikumussalam.Ya Yan? “

“Akak kat kampung ke? Tadi yan pergi kedai nak jumpa akak,tapi Eyfa bagitahu akak balik kampung hari ni.”

“Ya yan.akak ada hal sikit kat kampung.kenapa ya cari akak ? sihat tak ni? Lamenye tak jumpa Yan.”Rindu dia dengan adik angkat yang seorang tu merangkap kawan sekelas semasa di kolej dulu.
“Tak ada apa-apa kak.Rindu ! “tergelak kecil gadis comel itu dihujung talian.Haura turut sama tersenyum seolah Hayanie ada di depannya sekarang

No comments:

Post a Comment