Sunday 29 June 2014

Impian ...Cita...dan harapan ?

 
..
Alhamdulillah...
selesai sudah puasa pertama untuk bulan Ramadhan tahun ni .Masa ni tengah rehat2 kat bilik.Tak tau kenapa,kepala terasa serabut sangat.Semakin aku pura2 gembira,semakin terasa masalah tu seolah2 sedang menghantuk kepala aku ke batu.Sakit teramat.Allah ,bantu hambaMu yg tengah buntu ni. :'(

Bukan sehari,bukan 2 hari aku fikir benda ni..tapi 2 bulan .Sama macam orang lain,aku punya impian,cita2 dan harapan.Tapi dalam keadaan aku sekarang,masih mampukah aku untuk capai semua yg aku inginkan.Esok start daftar kat kolej n aku ? still kat sarawak :(..Aku dah buat keputusan nak benti belajar.Dengan yuran 3600 sebulan ? Aku tak mampu !!! Ya Allah :'( sedihnya .

Mungkin keputusan mengejut aku ni akan menimbulkan banyak persepsi dari pihak2 tertentu .kalau yang baik2 tape ..tapi kalau orang yang dah lama nak menjatuhkan aku ? tepuk tangan bersorak gembira lah mereka dengan kegagalan aku ..Ya Allah ,KUATKAN AKU ! :'(

YA ALLAH ,kuatkan aku,aku tahu sekarang aku tengah diuji dan Allah uji tanda sayang :"(.Bukan pengakhiran macam ni yang aku mau.Aku juga nak berjaya cam orang lain .Namun hidup aku xde pilihan.Cari kerja ? yupp ! itu yang perlu aku lakukan sekarang.Family bukan orang senang.penah sorang member suggest,"nape tak mintak tolong kat parents? " Sebak hati x terkata.Rasa nak menangis saat tu jugak .Sepanjang aku kat ipoh ,sebolehnya aku tak mahu se sen pun duit dari parents.Anak mana yang tak luluh hati bila mengetahui mak ayah,adik2 tak makan kat rumah,ikat perut ,sebab xde duit beli makanan :'(

"kalau nak family senang,study la sampai habis"..kalau banyak duit,x yah cakap pun aku dah tahu.Dengan yuran kolej yang mahal.Duit makan pun tade ,inikan pulak nak bayar Yuran 3k satu semester.uishhh..aku bukan anak dato :(..Aku buat semua ni,nak benti belajar,bukan untuk pentingkan diri,tapi aku taknak berhutang banyak.pinjaman aku mungkin dah dihentikan sebab aku tangguh sem lepas semata2 nak kerja cari duit untuk belanja makan.

Nak tau tak ? puasa kali ni,aku langsung x pedih perut lapar cam dulu,mungkin sebab dah terbiasa tak makan.Mak pun cakap benda yg sama.sedih tak ? tak sedih mmg korang hati batu,xde perasaan :'( ..emm,dari tadi buat muka mcm org menangis dah kenapa? HAHA..dah aku mmg nangis time tengah tulis blog nih..Aku tade sape2 tempat mengadu kecuali Allah.Lagi satu dengan menulis ni jugak buat aku rasa lega walau sedikit .

Sungguh aku cemburu tengok orang pakai baju grade ,tapi masih ade peluang ke aku untuk merasa semua tu ? Aku tahu belaja tinggi2 tak menjanjikan rezki namun aku jugak punya impian .Nak berjaya macam orang lain sekurang kurangnya ada kereta sebijik kat rumah..nak bawak mak,ayah,adik2 p jalan tapi dengan jalan hidup yang agak berliku ni terkadang buat aku rasa lemah dan putus asa.Aku tak tahu mana pergi kekuatan dalam diri aku.

Dah macam patung,senyum tapi hati luka kat dalam.Aku dah mula hipokrit,pandai menipu diri :(..ya Allah ,andai aku dah tade nanti ..emm ,xmo cakap lah .Sejak 2 menjak ni teringin nak makan daging.Tapi mak tak bagi,takut aku sakit lagi..dulu dah kena high blood pressure semata2 sebab banyak fikir.tu belum sampai migrain lagi kalau dah stress sangat2 ..adoihhh ..

errmm,k la,setakat ni je aku nak kongsi malam ni,mata dah terasa macam kolam renang,bila2 masa ja boleh tumpah airnya..Ya Allah.. :')

~Allahumma Yassir wala tuassir :')
(mudahkanlah jalanku menuju cintaMu)

No comments:

Post a Comment