Monday 13 October 2014

Mahar mudah atau murah ??

   
 
Alhamdulillah ..malam nih ade lagi idea muncul untuk dijadikan entry dalam blog.Diharapkan kali nih ape yang yanie tulis sekali lagi memberi manfaat kepada kawan2.in shaa Allah.Memandangkan sekarang musim orang nikah,eloklah benda ni dibahaskan sedalam2nya.ihihihi 

okeyhh,sebelum meneruskan kalam,nak explain dulu ape makna MAHAR .mahar bermaksud hadiah wajib dari pengantin lelaki sebagai menunaikan hak pengantin perempuan.Firman Allah swt "berikanlah mahar wanita yg kamu nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan"
Tapi di Malaysia ada yang menyebut mahar ini mas kawen.Di sesetengah negeri telah menetapkan kadar minimum yang boleh juga dipanggil mahal misil 

Rasulullah amat menjaga mahar seorang wanita tau..even masa nak nikah pun penah org berhutang mahar,WAJIB bayar.nanti Allah tanya balik kat akhirat sana .bahaya tu..ish3

okey,apa itu mahar mudah ? apa itu mahar murah ?biasa kita dengar..sebaik2 wanita yang dikahwini adalah yg murah maharnya.betul dak ? Islam mengajar kita celik kepada kemampuan masing2 tau.jangan terlalu murah dan jangan terlalu membebankan.Usah terlalu mudah menghukum mana2 wanita sebagai tak berkat dengan menilai kadar maharnya.Siapa tahu itu hadiah yang benar2 ikhlas dalam lubuk hati si suami dan berdasarkan kemampuannya.

keadaan individu berbeza2 contohnya macam kat bawah nih 

Rm70 mungkin terlalu murah bagi kos sara hidup hari ini
Rm7000 mungkin membebankan bagi pelajar tahun 1 di IPT
Rm200o mungkin mudah baginya
Rm2000 mungkin mudah bagi perkiraan lelaki berkerjaya
rm17000 pula mungkin membebankan baginya
 
apa2 pun ambil yang pertengahan,lebih mendamaikan.Yang pertengahan ialah yang mudah,bukan yang murah,bukan pula yang membebankan .mahar adalah hadiah cinta.diberi dengan penuh kerelaan.Tak kiralah mahar itu berupa sebentuk cincin besi,atau sekereta emas,kedua-duanya adalah mahar yang baik selagi mudah bagi suami untuk memperolehinya.in shaa Allah.
 
info tambahan :
 
 1. Mahar 500 Dirham
Aisyah r.a berkata, "mas kahwin Baginda kepada isteri-isteri Baginda sebesar 12 uqyah dan 1 nasy...semua itu bereti 500 dirham." (riwayat Muslim)

2. Mahar 4000 Dirham
Urwah meriwayatkan daripada Ummu Habibah, bahawa Rasulullah SAW mengahwininya ketika dia berada di negeri Habsyah. dia dikahwinkan oleh Raja an-Najasyi, dan Baginda memberikan maharnya 4000 dirham" (riwayat Nasai)

3. Mahar dengan masuknya suami kedalam agama islam.
inilah mahar Abu Thalhah dengan Ummu Sulaim.

4. Mahar emas sebesar biji kurma.
Daripada Anas bahawa Nabi SAW melihat kepada Abdul Rahman bin Auf , bekas warna kekuning-kuningan, lalu Baginda bertanya, "Apa ini.?" Dia menjawab, "saya telah berkahwin dengan seorang wanita dengan mahar emas sebesar biji kurma." Baginda berkata, "mudah-mudahan Allah memberkatimu.." (riwayat Bukhari Muslim)

5. Mahar dengan sebentuk cincin besi, kain atau mengajari siwanita beberapa ayat al-Quran.
Seorang wanita menawarkan diri kepada Rasulullah. Namun, Rasulullah tidak berkenan. seorang sahabat lelaki diminta dikahwinkan dengannya. Rasulullah memintanya memberikan cincin besi. tetapi tidak ada. Rasulullah melihat kain lelaki itu yang hanya menutup bahagian bawah. jika itu dijadikan mahar, bimbang telanjang pula lelaki itu. Akhirnya,lelaki itu dinikahkan dengan mahar ayat al-Quran yang dihafalnya yang diajarkan kepada siwanita. (riwayat Bukhari Muslim)

6. Mahar baju besi Huthamiyah.
inilah mahar Ali kepada Fatimah sebagaimana diriwayatkan dalam hadis riwayat Nasai.

7. Mahar sebidang kebun.
itulah mahar Tsabit bin Qais kepada isterinya sepertimana yang dikisahkan dalam hadis riwayat Bukhari.

8. Mahar 100,000 Dirham
seorang sahabat memberikan mahar kepada isterinya berupa bahagiannya di Khaibar. isterinya menjual harta itu dan mendapat 100,000 dirham. (riwayat Abu Dawud)

mahar adalah hadiah cinta. diberi dengan penuh kerelaan. tak kiralah mahar itu berupa sebentuk cincin besi atau sekereta emas, kedua-duanya adalah mahar yang baik, selagi 'mudah' bagi suami untuk memperolehnya.
Iyadh berkata, "seluruh ulama membenarkan mahar dengan apa sahaja asalkan kedua-dua suami isteri itu rela." (rujuk Fathul Bari,juz 11, hlm. 115)
 

4 comments:

  1. blog awak ade dalam senarai liebster blog award parihh :) http://blogparihh.blogspot.com/2014/10/liebster-blog-award-by-xdramaqueen.html

    ReplyDelete
  2. Info yg menarik disini..kisah mahar ramai yg masih belum jelas..teruskan berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  3. Sang Puteri..mahal atau murah maharnya..yg penting keiklhasan dan kedalaman perasaan ketika memberi mahar. kalau maharnya berjuta sekalipun kalau tak de rasa dalamnya..perkahwinan akan jadi kosong,kosong,kosong..jadi biar yang sedang-sedang je ye..BW here..hik..hik.hik

    ReplyDelete