Wednesday 20 January 2016

Resepi Ayam Bakar Gula Apung

\
 
  
Memandangkan blog nih sunyi je tanpa sebarang pos,meh wani nak kongsi sikit resepi .kot2 ade sesiapa yang blur nak masak ape petang nih kan.boleh la follow resepi nih.nih resepi wani sendri yang reka xde ciplak kat mana-mana resepi yg dah sedia ada.kalau macam sama tu kebetulan jela.
 
Resepi nih request dari adik bongsu.Dia teringin sgt nak makan ayam bakar katanya.kalau masak ayam bakar ,aku suka yg ade rasa manis ,masin,pedas sikit.So tak nak cakap banyak,boleh tengok resepi kat bawah.Oye,gambar ade tapi kat fon..belum letak kat lactop
 
 
Resepi Ayam bakar Gula Apung
 
6 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 inci lengkuas
dada ayam
serbuk cili
serbuk kunyit
gula Apung/Gula melaka
sedikit garam 
 
~bahan2 diatas boleh ditambah sekiranya kuantiti ayam banyak ye..Blend kesemuanya dengan sedikit minyak kecuali serbuk kunyit ,serbuk cili dengan garam.Setelah itu perapkan pada ayam sekurangnya 30 minit sebelum dibakar supaya bahan meresap kedalam isi ayam.Ohye,Gula Apung atau gula melaka wajib di blend sebati dgn bawang dan bahan lain.selepas itu bolehla dibakar.Wani guna periuk magic Avon untuk bakar.lagi sedap berbanding bakar dengan ketuhar mikrowave.
 
sedap ke ?? tak boleh cakap banyak .Better pi cuba dulu.baru tahu ummphh kesedapan dia tahap mana..selepas cuba resepi ni,nak bg komen pun bleh..blog wani always open <3
 
okeyh tu je..selamat mencuba..wassalam

No comments:

Post a Comment