Friday, 12 August 2016

Positifnya Lalang Dalam Ujian Tuhan

 

Hidup kebelakangan ini terasa sukar.Seolah susahnya untuk menggapai bahagia yang dicari.Terkadang hati bertanya,tidak layakkah untuk aku tersenyum bahagia seperti orang lain ? Namun persoalan itu hanya bermain di minda.Ku sembunyi dengan senyuman.Menangis ? tipu kalau aku cakap aku tak menangis.Ujian itu pada tempat yg terapuh ,hati..Segala rasa ku sembunyi di sebalik perkataan ok .Sungguh aku insan yang lemah.Namun aku yakin,A’la kulli hal bil hikmah…ke atas sesuatu perkara itu bersamanya HIKMAH.
Macam biasa time ptg2 aku suka hadap Laptop,scroll facebook..tengok post kawan2.Itulah kehidupan aku.Kat kampong ni..kalau tak kat rumah..kat pasar.Dua tempat je aku pergi.kawan mane ? ade ,tapi semua kwn jauh2.Btw aku nih pemalu.Lepak depan rumah sembang2 bukan habit aku.Facebook ni la tempat aku lepak.Kawan2 sedara mara,semua aku boleh tengok.hihihi
Tapi dekat facebook jugak lah hati aku diuji.Tapi bukan tu yang aku nak tulis..Aku nak tulis pasal LALANG .Lalang ? ye lalang..bukan belalang ..bukan jugak pak belalang.ape kaitan lalang dengan hati ? ade..ni yang nak cerita .

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     ( Al-Baqarah: 286)

Seperti yang kita tahu,lalang ni semakin kita cantas,semakin ia bertunas.Walau ia dipijak henyak,semakin ia tinggi mencacak.Disaat aku diuji ,automatik fikiran teringat akan lalang.Resam kehidupan tumbuhan yang bernama lalang,sama seperti manusi.Allah ciptakan ia bersebab .Allah lebih tahu apa yang kita tidak tahu. Siapa menyangka pada lalang kita boleh melihat sesuatu samada dari sudut positif ataupun pandangan negatif.

"... Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini
   dengan sia-sia, Maha Suci engkau, maka peliharalah
   kami dari siksa neraka." (Ali 'Imran: 151)

Percayalah semua itu tersimpan hikmah yang besar. Semua bentuk perintah_Nya bertujuan untuk kebaikan mahluk_Nya.. Barangkali selama ini kita belum begitu paham, namun saatnya nanti kita akan tahu.


RESAM LALANG : POSITIF
~Sebagai hamba Allah yang sentiasa alpa dan lemah.Kadangkala hidup terasa “down” sangat.Terasa kehidupan di dunia ini tak berguna.Lebih2 lagi bila masalah berkait dengan hati..duit atau sebagainya.Boleh kita tengok di kaca televisyen,pelbagai masalah berlaku.Pembunuhan,putus cinta,maksiat berleluasa yang tanpa kita sedar ia berlaku kerana tiada iman dan rasa sedar dalam diri.
Maksudnya: “Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.” (al Baqarah :12)


~So pada lalang aku belajar sesuatu.Disaat lalang dipijak dihenyak,ia makin mencacak.Mengapa tidak hati manusia ? saat hati terasa lemah dan musnah ,kenapa tidak bangkit semula? Kenapa harus lemah sedangkan baru sedikit Allah jentik ? yakinlah wahai hati.Tiada duka yang abadi,bersabarlah kerana ujian itu menguatkan,tanda Allah masih sayang.
Semakin dicantas lalang,semakin bertunas. Tidakkah kita sedar,hati manusia pun begitu.Semakin diuji,semakin hati itu terasa kuat. Tak usah jadikan kesedihan itu batu penghalang untuk kita capai bahgia di kemudian hari.Bersabarlah,tersenyumlah.hadapi segalanya dengan tenang.Siapa tahu,mungkin selangkah lagi bahgia itu milik kita ? Allah itu Ar Rahman..Ar Rahim..Maha penyayang lagi Maha mengasihani.
Hakikatnya tiada satu pun di muka bumi ini milik kita,semuanya milik Allah.Sampai masa Allah pasti tarik balik.Yakni nyawa kita pun bukan milik kita.Mengapa harus kita rasa sedih terlampau untuk sesuatu yg memang dari awal lagi bukan milik kita?

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslirn)

Pandanglah ujian Allah pada pandangan kebaikan,Pasti akan kau temui manisnya Iman.

Wassalam...

Thursday, 26 May 2016

LAKARAN RINDU (1)

 
Tinggal lagi 3 bulan  majlis perkahwinan aku akan berlangsung.Terasa seolah waktu berlalu terlalu pantas. ‘Bersediakah aku menjadi seorang isteri ? ‘ bisik hatiku gundah.Persiapan perkahwinan sudah 70 peratus siap.Itupun keluarga bakal suamiku yang membantu terutamanya persediaan dari segi catering,sewa dewan ,termasuk mekap dan hiasan pelamin.Soal  hantaran pula Nazrin kata serahkan pada dia.Tugas aku hanya menemani dia membeli kelengkapan perkahwinan kami nanti.Semua kos perbelanjaan  disponsor oleh Nazrin dan keluarganya.Aku ? belum berkahwin lagi sudah memegang title surirumah sepenuh masa.Belum sempat aku melamar pekerjaan,jodoh terlebih dahulu melamarku.Aku terima dengan hati terbuka,semoga ada hikmah sebaliknya.

Muhd Nazrin Shahz,lelaki yang telah menjadi encik tunangku tiga bulan lepas.Kenal hampir tiga tahun,namun  hanya berhubung melalui laman social facebook.Tidak terlintas langsung di hati bahawa dialah bakal jodohku suatu hari nanti.
“Adreanna  !” sapa Rannia mengejutkan aku lantas mematikan lamunan.
“nengong  gapo deh?? “ sambungnya lagi.Mungkin pelik kerana dari tadi aku diam tak berkutik.Sudah seminggu Rania berkunjung ke rumahku.Bercuti katanya dan in shaa Allah esok akan balik ke Kelantan semula.Aku menggeleng kepala.
“Nothing dear,Sedih Nia nak balik dah esok,”Aku memeluk lengan Rannia.
“Ala,next three month Nia datang balik.Tak sabar nak tengok sayang Nia jadi pengantin.Lama dah tunggu tau.”Rania tergelak kecil ,seronok menyakat aku.Menjerit kecil gadis kecil molek itu apabila cubitanku singgah di lengannya.
“Nia je la kahwin,Reanna bagi abang Nazrin kat Nia.Nak ? tak pun kita kongsi .” Aku menyakat dia kembali.Rannia mencebik muka.
“Amboi,senang je nak passing orang kat kita ye.Mek,mu ingat abg Nazrin tu bola pingpong ke? “ Aku tergelak besar mendengar omelan Rannia.
ZahratulRania,gadis kecil molek yang berasal dari Kelantan.Belum sampai setahun mengenalinya namun hubungan kami sudah akrab seolah bertahun lama kenal.Dialah kawan,dialah kakak tempat aku berkongsi segala cerita.Menangis,ketawa bersama.  ‘Eh,dah macam lirik lagu pula.’ Bisik hatiku perlahan.
Runtuhkan tembok China
Buat kita terpisah
 Pedulikan semuanya
 Aku milikmu
Jendera, dipelukkan
 Di mata, selalu
 Masa perlahan berputar
 Bila nanti kita bersatu
 Sabar menantikan aku
 Akan tiba kita berdua
Entah bila kapal musnah
 Belah samudera
 Jendera, dipelukkan
 Di mata, selalu
 Masa perlahan berputar
 Bila nanti kita bersatu
Sabar menantikan aku
Akan tiba kita berdua
Masa perlahan berputar
 Bila nanti kita bersatu
 Sabar menantikan aku
 Akan tiba kita berdua
Dendangan lagu romeo dari stacy berkumandang di radio hot fm.ku teliti satu persatu lirik yang ku dengar.Memang amat berkait dengan perasaanku tika ini.Rania telah lama terlelap disebelahku.Telefon bimbit diatas meja ku capai.Peti mesej yang ku terima pagi tadi aku baca kembali.Mesej dari nombor yang tidak dikenali namun melalui ayat yang terkandung di dalam mesej tersebut aku yakin pengirimnya adalah perempuan ,perempuan yang pernah bertakhta di hati abang Nazrin suatu masa dulu.Dari mana dia mendapatkan nombor telefon aku pun tidak pasti.
“Saya masih perlukan Abg Nazrin” ringkas namun bisa meributkan hati yang damai.Perlahan airmataku mengalir menuruni pipi.Kenapa? kenapa saat ini dia hadir kembali? Aku cuba mendail nombor yang terpapar di skrin telefon ,namun gagal dihubungi.
Benar kata orang,tempoh pertunangan adalah tempoh ujian bagi pasangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.Lebih-lebih lagi Nazrin sekarang ini agak sibuk dengan kerjanya.Banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum cuti panjang.Jauh disudut hati ,kehadiran mesej yang tidak diduga itu mencuri ketenangan hatiku.Aku beristighfar seketika.
Di saat aku cuba melelapkan mata,telefon bimbitku berbunyi menandakan ada panggilan masuk.Telefon bimbit yang aku letakkan kembali di atas meja tadi dicapai semula.

:: Abang Senyum Calling… ::
Tertera nama Abang Nazrin yang aku panggil sebagai Abang senyum di skrin telefon.Sengaja aku simpan dengan nama itu supaya aku tidak lupa dengan senyuman yang membuat aku jatuh cinta pada kali pertama pertemuan kami iaitu pada hari kami ditunangkan.

“Assalamualaikum sayang.”ucap abg Nazrin sebaik sahaja butang jawab ku tekan.
“waalaikumussalam abang.” Jawabku ringkas
“Reanna sihat ? abg minta maaf.Kebelakangan ni agak sibuk dengan kerja sampai tak sempat hubungi Reanna.”
“Tak mengapa.In shaa Allah saya faham.”Aku tersenyum seolah Nazrin di depan mata.sesekala mataku melirik kearah Rania bimbang dia terganggu tidurnya gara2x aku yang bergayut di telefon..
“Abang tak boleh sembang lama,kejap lagi ade operasi.Reanna jaga diri ya.Sebelum abang terlupa,abang dah bagitahu ummi supaya temankan Reanna ambil cincin nikah hujung minggu ni.Nanti cuba cincin tu ya.Kalau tak berkenan bagitahu abang,nanti boleh tukar .”
“In shaa Allah abg.Cantik di mata abang,cantik juga dimata Reanna.”Selesai sahaja mengucap salam,telefon kumatikan.Berkenaan cincin,aku meminta Nazrin untuk memilih sendiri walaupun setelah puas dia memujukku untuk memilih cincin yang aku berkenan.Namun jika aku yang memilih,aku tetap memilih cincin yang sama kerana mataku sudah tertarik dengan cincin itu sejak mula masuk kedai lagi.Citarasa kami sama.bisik hatiku
Pagi pagi lagi aku sudah bangun,solat subuh dan menyediakan sarapan.Sebentar lagi van tambang yang akan menghantar Rania ke airport akan sampai.Jarak perjalanan dari rumahku ke airport mengambil masa sekurangnya tiga jam.



.Selesai sarapan ,kami sekeluarga menghantar Rania ke depan rumah kerana van tambang sudah menunggu.Aku peluk Rania erat ,rasa berat hati untuk melepaskan dia pergi.Sahabat yang sudah kuanggap seperti kakak sendiri.
“Nanti sampai Kelantan,Kirim salam kat umi ye.Jaga diri elok2.Dah sampai call Reanna ok .”ucapku dengan suara bergetar menahan sebak.
“ye sayang.Dont worry ! nanti Nia call .” jawab Rania,menenangkan aku..
Selesai sahaja makan,aku mengangkat pinggan kotor ke sinki.Adik-adikku telah berlalu ke ruang tamu untuk menonton televisyen.Emak turut membantuku.Ayah pula tidak makan tengah hari  di rumah hari ini kerana membaiki surau di kampung lain.
“Reanna,Nazrin ada call ? lama dah mak tengok Reanna tak bersembang dengan dia melalui telefon.”Emak bersuara memecah kesunyian.yelah,khusyuk sangat aku mencuci pinggan mangkuk seolah tidak menyedari kewujudan emak di sisi.Aku menoleh ke arah emak seketika yang sedang menuang air masak ke dalam teko untuk dimasukkan ke dalam peti ais.
“Ada mak.Malam tadi dia call kejap.Bulan ini dia agak sibuk dengan operasi.”jawabku pendek.Terasa macam ada sesuatu yang emak ingin tanya kepadaku.Mungkin tentang majlis perkahwinan aku yang tinggal lagi 3 bulan.Ye lah,kalau pasangan lain,mungkin sudah kelam kabut bila mengetahui tarikh perkahwinan semakin dekat.Tapi aku,selamba macam tiada apa2 yang hendak aku risaukan.
“kenapa mak ? Mak rindu abang Naz ke? “ Sengaja aku menyakat emak.Ingin melihat reaksinya.
“Ish,budak nih !” Emak menepuk lenganku kuat.Aku menjerit perlahan.Haa..Padan muka kau Reanna.kan dah kena tepukan maut dari emak.Aku terkekek menahan gelihati.
“Bukan apa,mak tengok Reanna macam tak buat apa2 persediaan pun.Mak ingat  nak keluarkan sikit duit Asb untuk majlis Reanna nanti.” Fuhh! Tembakan ku mengena.Apa yang aku jangka sebentar td memang betul.Emak risaukan tentang majlis perkahwinanku.Kami berdua duduk kembali di meja makan.Terasa dahaga dengan cuaca panas di luar dan bertambah2 dahaga apabila majlis perkahwinanku menjadi topik perbincangan,Air kosong di dalam gelas ku teguk perlahan.
“Mak,Anna ingat nak kerja la .”perkara ini telah lama aku fikirkan Cuma kelu lidah untuk ku sampaikan kepada emak.Kali ini aku tekad,Biarlah duit simpanan emak itu digunakan untuk perbelanjaan sekolah adik2 nanti.Emak memandang ke arahku.Lama dia terdiam.Mungkin memikirkan tentang hasratku itu.Di ruang tamu kedengaran riuh suara adik bergelak ketawa.Mungkin ada rancangan lucu yang sedang mereka tonton.Pada musim cuti sekolah ini saja lah masa terluang untuk kami sekeluarga berkumpul beramai2.
“ Nak kerja kat mana ?”
“Pekan kot” pendek jawapanku.Perkataan kot di hujung ayat membuat kan emak mengerut dahi.Tampak raut risau diwajahnya.
“Dengan siapa? Duduk mana? Kerja apa? Dah bagitau Nazrin ?Dia bagi tak ? “Zassssss ! berdas soalan keluar dari mulut emak.Semuanya tiada jawapan yang pasti .Lain kali nak cakap tu fikir dulu.Aku mengomel di dalam hati seolah mengutuk kelancangan mulut sendiri.Tapi aku musykil kenapa perlu minta izin abang Naz pula?Belum jadi suami aku.
“Bukan minta izin ,just inform dia bak kata org putih.”Sambung emak lagi apabila melihat aku hanya diam.Hai,speaking London pula mak aku ni ! Macam tau2 je anak dia tengah fikir apa.
“Belum lagi mak.Malam  tadi tak sempat nak beritahu dia.Hujung minggu ni Umi datang rumah jemput Reanna.Ambil cincin nikah yg dah tempah haritu.’” Jelasku panjang  lebar.Emak hanya mengangguk.
“Mak bukan apa,risaukan kamu ni.3 bulan bukan lama.pejam celik pejam celik dah sampai hari majlis .Mak tak nak kamu kerja kalau ikutkan hati.Lepas nikah terpulanglah kamu nak kerja atau tak,tapi yg penting minta izin suami dulu.” Aku terdiam mendengar kata  berunsur nasihat dari emak.Air kosong di dalam gelas diteguk lagi untuk sekian kali.
‘Makkkkk,Reanna nak tunda majlis ! ‘ kata2 itu hanya tersekat di kerongkong.Tidak sanggup untuk aku luahkan apa yang aku rasa sekarang ini.Malu sebenarnya apabila aku memikirkan 100% urusan majlis terbeban di pihak lelaki.Jauh disudut  hati aku ingin membantu sama walaupun sedikit.
“Reanna,dengar tak apa mak cakap tadi ? ishh ! termenung pula budak nih.”Emak mula membebel apabila aku hanya mendiamkan diri tanpa memberi  sebarang respon.
“ye mak .In shaa Allah.”jawabku pendek.
“setuju tak cadangan Mak mula2  tadi ? “ Ah sudah.Terpinga pinga aku .terlupa seketika tentang perbincangan sebentar tadi.Kepala yang tidak gatal ku garu cuba mengingat kembali.Emak menggeleng kepala.Tersengih aku menutup kelalaian diri .Reannaaa focus PLEASE !!!
Jam menunjuk ke angka 11 malam.Aku mengerling seketika ke arah telefon bimbit di atas meja.Masih belum ada sebarang panggilan ku terima dari Rannia.Mungkin dia letih sampai terlupa menelefon aku.Abg Naz? Pun sama.Tiada khabar berita hari ini.Sms tiada,call apatah lagi.Rindu aku dengan Encik Tunangku itu.
Novel diatas meja kucapai. ‘suami aku ustaz’ watak hero dalam novel itu persis abang Nazrin,Cuma bezanya dia bukan ustaz.Tak mengapa kalau bukan ustaz sekalipun yang penting dia menitikberatkan soal agama dalam kehidupan.Lagipun layak ke aku nak bersuamikan ustaz.Itu hanyalah impianku suatu masa dahulu.Dalam novel itu watak hero bernama ustaz Hafiz yang telah mengahwini adik sepupunya Alisa.perbezaan umur mereka lapan tahun sama seperti aku yang muda lapan tahun dari abg Nazrin,hemm..Lebih kurang begitulah sifat abg Nazrin yang mampu aku gambarkan.Hai Adreanna,berangan !
Aku mencapai telefon bimbit sebaik saja bunyi isyarat mesej masuk kedengaran.
#6017566xxxx
~ I miss you Sayang
Lama aku merenung ke arah mesej yang terpapar pada skrin telefon bimbitnya.Sesekali dahi dikerut cuba mengingat kembali nombor yang tiba-tiba menghantar mesej tengah malam begini.Rannia yang ditunggu namun mesej dari orang lain yang aku dapat.Dari semalam lagi dapat mesej dari unknown,hari ini dapat lagi..hidup memang sesuatu yang misteri.Aku mengeluh perlahan.







Sunday, 24 January 2016

HARI INI ..........

 
 
 
HARI INI......

kita terlalu leka dengan drama korea di tv , konsert serta lagu ..
tapi adakah kita sudah cukup ilmu untuk menghadapi hari mati ?

HARI INI......
kita sanggup beli tiket mahal2 semata nak tengok wayang dan tiket bola..
tapi apa yang kita sumbang untuk islam agama kita ?

HARI INI......
kita banyak berdoa semoga ditemukan jodoh dengan manusia...
tapi adakah kita pernah berdoa dpermudahkan saat sakaratulmaut ?

HARI INI......
kita sanggup sediakan segalanya untuk hidup seperti rumah ..kereta dan harta...
tapi adakah kita sudah bersedia bila berhadapan dengan masihi dajjal ?

HARI INI.....
kita sanggup tahan mata untuk baca novel beratus muka surat...
tapi pernahkah AlQuran kita buka dan baca walau selembar setiap hari ?

HARI INI......
kita kumpul duit banyak2 sebab nak pergi pusing satu dunia untuk bercuti...
tapi adakah kita pernah melangkah kaki ke masjid sedangkan sebelah rumah ?

BY,missplaster !

Wednesday, 20 January 2016

Resepi Ayam Bakar Gula Apung

\
 
  
Memandangkan blog nih sunyi je tanpa sebarang pos,meh wani nak kongsi sikit resepi .kot2 ade sesiapa yang blur nak masak ape petang nih kan.boleh la follow resepi nih.nih resepi wani sendri yang reka xde ciplak kat mana-mana resepi yg dah sedia ada.kalau macam sama tu kebetulan jela.
 
Resepi nih request dari adik bongsu.Dia teringin sgt nak makan ayam bakar katanya.kalau masak ayam bakar ,aku suka yg ade rasa manis ,masin,pedas sikit.So tak nak cakap banyak,boleh tengok resepi kat bawah.Oye,gambar ade tapi kat fon..belum letak kat lactop
 
 
Resepi Ayam bakar Gula Apung
 
6 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 inci lengkuas
dada ayam
serbuk cili
serbuk kunyit
gula Apung/Gula melaka
sedikit garam 
 
~bahan2 diatas boleh ditambah sekiranya kuantiti ayam banyak ye..Blend kesemuanya dengan sedikit minyak kecuali serbuk kunyit ,serbuk cili dengan garam.Setelah itu perapkan pada ayam sekurangnya 30 minit sebelum dibakar supaya bahan meresap kedalam isi ayam.Ohye,Gula Apung atau gula melaka wajib di blend sebati dgn bawang dan bahan lain.selepas itu bolehla dibakar.Wani guna periuk magic Avon untuk bakar.lagi sedap berbanding bakar dengan ketuhar mikrowave.
 
sedap ke ?? tak boleh cakap banyak .Better pi cuba dulu.baru tahu ummphh kesedapan dia tahap mana..selepas cuba resepi ni,nak bg komen pun bleh..blog wani always open <3
 
okeyh tu je..selamat mencuba..wassalam

Friday, 15 January 2016

Aku Ada Sorang Kawan Nih ....

 

aku ada sorang kawan nih..time aku demam ..dia serupa mcm mak..caring sgt..dari jauh dia pi hantaq air hundred plus..ubat..roti..nak bg aku cepat sihat..

aku ada sorang kawan nih.bila kami makan ramai2..dia ambik ayam kat pinggan aku,gigih dia potong kecik2 then bg kat aku sbb sian tgok aku terkial kial potong ayam guna garfu dan pisau..

aku ada sorang kawan nih..dia sudi makan kek cheese yg aku buat walaupun kek tu cair je ..dia ckp " takpa,nanti bawak balik rumah simpan dlm freeze boleh makan."

aku ada sorang kawan nih..dia sanggup balik terngganu,beli keropok lekor sebab aku teringin nak makan dan bawak balik sarawak..

aku ada seorang kawan nih..dia ambik duit kertas 5 ringgit..dia buat origami cincin dan suruh aku pakai,dia kata nak buat aku happy walaupun aku tau dia sedih sebab masa tu dia nak pergi sambung belajar  dan tinggalkan aku.

aku ada sorang kawan nih yg beria2 marah bila dia tau ada orang sakitkan hati aku dan bawak aku jalan2 kalau aku stress..yang sudi teman aku pegi kolej sama2..yang ckp "wani jgn down ye" bila kena marah lecture.
 
aku ada sorang kawan nih yang sanggup berjaga sampai tengah malam semata mata nak dengar luahan hati aku dan kisah hidup aku yang sentiasa sedih je ni...


~tapi aku kini jauh dari kawan nih..bila aku sibuk cari cinta yg aku tak pasti mampu tak cinta tu buat sama seperti kawan buat ? sungguh aku rindu masa dulu2..masa yg aku hanya kenal erti kawan ...inilah kisah aku dgn kawan..sebenarnya banyak lagi..tapi nak kna punggah blik ootak cari memori yang hilang..hihihi.

Saturday, 2 January 2016

TUKAR NO TELEFON (CIMB CLICK)

 
 

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk tulis entry hari ni memandangkan tak buat apa2 kat rumah.Cuma nak berkongsi satu benda sikit.

Beberapa minggu lepas tak tahu ada satu hal yang buat aku nak guna cimb click untuk topup kredit telefon.Memang biasa guna Cimb Click untuk topup,mudah dan tak perlu nak pi kedai especially kalau nak guna fon masa emergency.Lagipun kalau pakai cimb click ni pun mudah untuk urusan jual beli brg online atau bank in duit.Tak perlu nak keluar pergi atm atau bank terdekat.lagipun sarawak nih kemain susah nak cari bank cimb.
Hope sarawak menyediakan lebih banyak bank2 cimb atau atm bg memudahkan kami penduduk kampung terpencil ni melakukan urusan berkaitan dengan bank.hope sangat2.

Btw malas nak panjang cerita,haritu aku hantar email kat pihak cimb nak tanya pasal cimb click.Contohnya kalau nak topup kan,pihak cimb akan hantar tac number dulu kat telefon sebelum urusan diluluskan..cewahh..ayat .haha.Alkisahnya,aku pakai no maxis masa daftar cimb click.Dan no maxis tu dah expired .So nak dpt msg cane kan ? start la pening..ape lagi,aku pi la email cimb.Aku email direct kot cane nak tukar no telefon untuk cimb click.hahaha..macam pelik je !!
Mula2 tu dapat email,pihak cimb suruh call direct,nak call cane,kedit tade time tu..heeee

Tapi alhamdulillah beberapa hari lepas ,dapat email dari pihak cimb dan diorang terangkan macam mana nak tukar no fon untuk cimb click melalui atm.hehehe..ok boleh tgok kat bawah ye ;)


Untuk makluman anda, sekiranya anda ingin mendaftarkan nombor ( tempatan) baru telefon bimbit bagi tujuan penerimaan TAC melalui SMS untuk akaun CIMB Clicks anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1 : Masukkan kad ATM anda berserta no PIN ATM
Langkah 2 : Pilih "Others" di Menu Utama
Langkah 3 : Pilih "CIMB Clicks" dan diikuti "TAC Registration"
Langkah 4 : Masukkan nombor baru telefon bimbit anda. Kemudian anda sepatutnya menerima resit/slip menyatakan pendaftaran TAC anda berjaya.
Langkah 5 : Bagi menukar rekod nombor telefon bimbit anda di CIMB Clicks, sila ke "Settings" >> "My Data" >> "Update Contact Information". Anda perlu memasukkan TAC yang dihantar ke nombor baru telefon bimbit anda bagi melengkapkan proses penukaran ini.
 
Terima kasih kepada pihak cimb yang memberi kerjasama  ! :D
 
wassalam...